Harian Metro

440,000 mula sesi sekolah tahun satu

-

Seremban: Seramai 440,000 murid tahun satu memulakan sesi persekolah­an 2018 di seluruh negara kelmarin dan semalam.

Jumlah itu meningkat berbanding 435,882 murid yang mendaftar pada 2017.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata, pihaknya yakin akan ada pertambaha­n bilangan murid dalam tempoh seminggu ini berikutan ada ibu bapa lewat mendaftark­an anak mereka.

“Sesi persekolah­an tahun ini bermula kelmarin bagi beberapa negeri yang cutinya jatuh pada Jumaat manakala semalam membabitka­n negeri yang bercuti pada Ahad.

“Pengurusan pendaftara­n dan kemasukan murid ke sekolah kebangsaan (SK) berjalan lancar.

“Kami tidak menerima laporan atau masalah membabitka­n murid baru mendaftar.

“Malah, sehingga kini, tiada laporan sekolah kekurangan murid namun kementeria­n akan terus memantau dengan kerjasama jabatan pendidikan negeri,” katanya selepas melawat Sekolah Kebangsaan King George V, Ampangan di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) Pkharuddin Ghazali.

Chong berkata, keseluruha­n, 10,189 sekolah kebangsaan dan menengah beroperasi membabitka­n 4.7 juta murid juga pelajar.

“Ia membabitka­n sekolah teknik, sekolah sukan, sekolah agama dan sekolah jenis kebangsaan (SJK),” katanya.

Mengenai kakitangan atau guru, beliau berkata, ada guru baru lepasan siswazah ditempatka­n di beberapa sekolah terpilih terutama yang menghadapi masalah kekurangan guru menjelang Mac ini.

“Pada masa sama, murid atau pelajar yang mempunyai buku teks yang rosak perlu menukarkan­nya kepa- da buku baru atau yang elok dengan merujuk kepada guru masing-masing di sekolah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia