Harian Metro

Murid ‘solo’ tetap ceria mendaftar

-

Walaupun hanya dirinya saja mendaftar sebagai murid Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Tanjung Jawa, Sungai Air Tawar di sini, ia tidak menghalang Hadief

Qawiem Mohammed, 7, memulakan sesi persekolah­annya semalam.

Uniknya, dia antara 15 murid mendaftar masuk di sekolah dikategori­kan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) kerana mempunyai jumlah murid paling sedikit di Selangor.

Ia berikutan faktor pedalaman dan jumlah penduduk yang rendah di kawasan berkenaan.

Guru besar sekolah itu, Khaire Md Zen berkata, kehadiran Hadief Qawiem menjadikan sekolah itu kini mempunyai lapan murid lelaki dan tujuh perempuan dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.

“Ia merangkumi dua murid Tahun Dua, Tahun Tiga (empat), Tahun Empat (tiga), Tahun Lima (tiga) dan Tahun Enam iaiu dua murid.

“10 tenaga pengajar sekolah membabitka­n tujuh lelaki dan tiga perempuan,” katanya.

Menurut beliau, berikutan jumlah murid yang rendah, pihaknya melaksanak­an kelas bercantum.

“Bagi kelas bercantum, murid Tahun Dua dan Tahun Tiga dicantumka­n dalam satu kelas manakala murid tahun Empat disatukan dengan murid Tahun Lima.

“Mereka belajar silibus sama namun cara pengajaran berbeza,” katanya memaklumka­n murid tahun 1 dan tahun enam bagaimanap­un kekal belajar di kelas sendiri.

Kata Khaire, sepanjang perkhidmat­annya sejak Mei tahun lalu, ia kali pertama sekolah itu menerima pendaftara­n dan kemasukan hanya seorang murid.

“Tahun lalu, 16 murid Tahun Satu mendaftar dan belajar di sekolah ini namun kini kita hanya mempunyai seorang iaitu Hadief Qawiem ,” katanya.

Sementara itu, guru sekolah berkenaan, Nurul Husna Abu Naim, 33, berkata, kemasukan Hadief Qawiem memberi kelebihan kepada mereka untuk lebih fokus kepada sesi pengajaran dan pembelajar­an mengikut subjek ditetapkan.

 ??  ?? KHAIRE (lima dari kanan) bersama warga SK Tanjung Jawa, Sungai Air Tawar, semalam.
KHAIRE (lima dari kanan) bersama warga SK Tanjung Jawa, Sungai Air Tawar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia