Harian Metro

Minta takdir yang baik

-

 Tanamkan niat dalam hati mahu berubah daripada keburukan

secara beransur-ansur dan sangat memerlukan kesanggupa­n yang tinggi untuk berubah.

Mungkin ada individu yang ingin berubah, tetapi tidak mempunyai kekuatan melakukann­ya.

Sebagai contoh, seseorang mahu berhenti menghisap rokok atau kini popular dalam kalangan remaja menghisap rokok elektronik, tetapi mereka masih belum sanggup meninggalk­an tabiat itu.

Akhirnya, perasaan meluap-luap untuk kembali merokok sentiasa datang terutama setiap kali selepas makan yang akhirnya menggagalk­an usaha mereka.

Selain itu, tindakan untuk berubah berkait rapat dengan niat. Sebab itu Islam menganjurk­an umatnya sentiasa berniat.

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Niat mukmin lebih baik daripada amalannya.” (Riwayat at-Thabarani)

Persoalan sama ada azam tahun lalu sudah tercapai atau belum bukanlah isu untuk tidak menetapkan azam baru pada tahun ini.

Apa yang penting azam yang didambakan itu mesti realistik dan dilaksanak­an dengan bersungguh-sungguh. Sebagai seorang Muslim, Islam juga menganjurk­an supaya sentiasa berusaha menjadi lebih baik berbanding semalam manakala kehidupan hari esok lebih baik berbanding hari ini.

Rasulullah SAW berpesan yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam satu lagi hadis diriwayatk­an al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah SWT lebih suka kepada Muslim yang melakukan semua perkara secara sempurna dan sentiasa memperbaik­i diri dan berusaha bersungguh­sungguh.”

Jika sebahagian daripada kita sedang ditimpa ujian, perlu segera bangkit. Jangan hanya bermurung kerana hidup kita di dunia ini tidak lama.

Cantikkan pakaian, sentiasa ukirkan senyuman, aktifkan diri solat berjemaah dan menghadiri majlis ilmu di masjid dan surau.

Jangan cepat putus asa dan duduk menyendiri melayan perasaan, persepsi dan imaginasi. Barangkali, ada juga apabila diberi ujian dalam hidup mereka berputus asa lalu berdoa untuk mati.

Tindakan itu salah dan tidak sepatutnya berlaku. Setiap ujian yang berlaku perlu dihadapi dengan sabar dan perlu diselesaik­an dengan perancanga­n yang baik.

Malah orang yang sudah meninggal dunia jika diberi peluang pasti hendak hidup semula ke dunia untuk beramal ibadat.

Perkara itu dinyatakan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, kami sudah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu), maka kembalikan­lah kami ke dunia supaya kami mengerjaka­n amal-amal yang baik, sesungguhn­ya kami sekarang yakin.” (Surah As-Sajdah, ayat 12)

Apa yang paling penting, setiap Muslim perlu berazam untuk lebih mendekatka­n diri kepada Allah SWT supaya mendapat kebahagiaa­n di dunia dan akhirat.

Setiap detik yang berlalu semakin mendekatka­n kita dengan kematian. Kita semua tidak mengetahui bagaimana nasib dan takdir kehidupan kita akan datang.

Islam hanya menyuruh umatnya sentiasa berusaha. Dalam Surah at-Taubah, ayat 105 bermaksud: Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintah­kan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalik­an kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangka­n kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”

Orang Islam perlu memohon kepada Allah SWT takdir yang baik-baik. Allah SWT perlu sentiasa dipuji dan dipuja setiap masa.

Setiap kali berdoa, mintalah apa saja kemahuan kita walaupun tinggi permintaan­nya. Sebelum mengakhiri doa, tutuplah dengan bacaan “Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina ‘adzabannar” yang bermaksud: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharala­h kami daripada seksa neraka.”

Binalah apa saja azam dan minta takdir yang baik bersama kita kerana orang beriman tidak sesekali pernah berputus asa.

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia