Harian Metro

Dua sikap mulia disukai Allah, rasul

-

bermaksud: “Kamu mempunyai dua sifat yang membuat Allah dan rasul-Nya suka: Lemah lembut dan murah hati.” (Riwayat Muslim)

Menurut Imam al-Ghazali, tumbuhnya sifat lemah lembut dalam diri manusia dapat dimulai dengan melatih diri menahan amarah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang mendermaka­n hartanya pada masa senang dan susah dan orangorang yang menahan kemarahann­ya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah Ali Imran, ayat 124)

Sifat lemah lembut mempunyai hubungan rapat dengan sifat sabar. Ia juga sering digunakan bagi menunjukka­n satu makna sama.

Dalam Surah Ali Imran, ayat 186, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Demi sesungguhn­ya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu.

Dan demi sesungguhn­ya, kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberikan kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang musyrik, banyak (tuduhan dan cacian) yang menyakitka­n hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhn­ya yang demikian itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendak­i diambil berat (melakukann­ya).”

Orang yang bersikap lemah lembut dapat menahan diri mereka daripada membalas semula perlakuan buruk orang lain yang menyakitka­n hatinya.

Ada satu kisah yang boleh dijadikan contoh di mana Rasulullah SAW mampu menghadapi dengan tenang tingkah laku dan kata-kata biadab dan kasar.

Seorang pemuda datang menghadap Rasulullah

SAW dan bertanya kepadanya: “Wahai Nabi, apakah kamu mengizinka­n saya berzina?”

Orang-orang yang berada bersama Baginda ketika itu berasa marah mendengar pertanyaan itu. Bagaimanap­un, Baginda tidak marah lalu meminta pemuda itu datang dekat kepadanya.

Baginda kemudian bertanya kepada pemuda itu: “Relakah kamu kalau ibu kamu sendiri dizinai?”

Pemuda itu menjawab, “Tidak. Semoga Allah SWT menjadikan saya orang yang mahu berkorban untukmu.”

Lalu Rasulullah SAW meletakkan tangannya pada dada pemuda itu sambi berdoa, “Ya Allah, sucikanlah hatinya, ampunilah dosanya dan jagalah kemaluanny­a.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia