Harian Metro

Jins Shamsuddin

-

pengarah.

Jika terus bersuara lantang pula, tidak mustahil akan ada yang disenarai hitam syarikat produksi atau stesen televisyen.

Jadi dilema dihadapi penggiat seni membuatkan lebih ramai mengambil jalan selamat dengan berdiam diri atau mengharapk­an pihak lain untuk mewakili mereka.

Di sebalik pelbagai rintihan disuarakan artis secara langsung, timbul persoalan di mana peranan persatuan seni yang berlambak di tanah air?

Hendak kata mereka tidak tahu masalah dihadapi ahli, mustahil kerana zaman kini apa saja maklumat boleh diperoleh di hujung jari.

Boleh dikatakan saban tahun, setiap persatuan mendapat dana daripada kerajaan dan ada pula mendapat imbuhan daripada projek tertentu, jadi takkan tidak boleh dihulurkan sedikit untuk membantu ahli.

Jika tidak boleh beri pencen sekali pun, apa salahnya permudahka­n urusan mereka terutama artis veteran untuk memiliki sendiri biarpun sekadar rumah PPR daripada terus menyewa dan menagih simpati hingga hujung nyawa.

Sebagai persediaan menghadapi hari tua, persatuan seni boleh menyediaka­n pelan persaraan kepada artis veteran seperti kursus kemahiran atau perniagaan supaya mereka dapat mencari rezeki lain apabila tidak lagi aktif berlakon sebagaiman­a dilakukan Kementeria­n Pertahanan kepada tentera yang akan bersara.

Seharusnya artis itu sendiri sama ada baru atau lama perlu bijak merencana kehidupan mereka dengan berjinak-jinak mencari aset seperti rumah atau terbabit dalam perniagaan sementara masih berdaya.

Mungkin sudah tiba masanya anak seni mencadangk­an satu nama terbaik yang berkaliber dan layak untuk menggantik­an Allahyarha­m Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai Senator bagi membela nasib rakan seangkatan di Parlimen.

Penulis Wartawan Eksekutif Harian Metro

 ??  ?? JINS Shamsuddin
JINS Shamsuddin
 ??  ?? AZIZ Sattar
AZIZ Sattar
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia