Harian Metro

Genggam setiap peluang

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Sam berlakon watak serius sebagai ibu miliki anak OKU dalam drama bersiri Geng Tadarus

Bidang seni tidak hanya sekadar terhad kepada satu bidang.

Disebabkan itulah, penyanyi Sam Nuhair yang memulakan langkah menerusi program Akademi Fantasia 2014 (AF2014) kini turut melangkah setapak lagi sebagai pelakon.

“Sementara usia masih muda, ini masa terbaik untuk saya genggam setiap peluang yang ada. Alhamdulil­lah, tawaran berlakon ini adalah satu lagi rezeki buat saya,” katanya.

Akan memulakan penggambar­an drama bersiri Geng Tadarus yang turut membariska­n beberapa pelakon seperti Ieda Moin, Chacha Maembong dan Reen Rahim, Sam nyata teruja.

“Sudah lama saya menantikan peluang berlakon dalam drama bersiri sebegini. Sebelum ini, saya pernah berlakon, tapi telefilem sempena Aidilfitri berjudul Ketupat Jantung Hati bersama rakan AF2014 yang lain.

“Berbeza untuk drama kali ini apabila wataknya lebih berat dan serius. Ia menjadi cabaran baru buat saya yang baru belajar,” katanya.

Bercerita mengenai watak dalam drama itu, Sam berkata, dia diberi peluang memegang peranan sebagai Wan Normi.

“Wan Normi wanita yang berkerjaya sebagai pereka hiasan dalaman. Dalam sibuk bekerja, dia juga membesarka­n anak kurang upaya.

“Ia benarbenar mencabar kemampuan saya memandangk­an tidak ada pengalaman sebagai ibu lebihlebih lagi memiliki anak kurang upaya,” katanya.

Impiannya untuk menyertai kelas lakonan di bawah kelolaan pelakon hebat, Ogy Ahmad Daud tidak kesampaian kerana kekangan masa, namun dia menjadikan YouTube dan Internet sebagai ‘guru’.

“Saya pernah merancang menyertai kelas lakonan di bawah kelolaan Kak Ogy, tapi ketika kelas itu diadakan, jadual saya bertindih dengan satu acara lain.

“Sekarang, saya banyak melakukan kajian mengenai watak di YouTube dan Internet untuk mendapatka­n pemahaman mengenai ibu bapa yang memiliki anak kurang upaya,” katanya.

Untuk drama Geng Tadarus yang akan ditayangka­n menjelang Ramadan sebanyak 26 episod, Sam terbabit dalam sembilan babak bermula di episod keenam.

Walaupun akan mula berlakon, itu tidak bermakna kerjaya nyanyianny­a diabaikan.

“Kerjaya nyanyian masih berjalan seperti biasa. Insya Allah, saya akan bekerjasam­a dengan Altimet dan akan keluar dengan single baru dalam tahun ini,” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­nnya dan impiannya untuk 2018, Sam punya beberapa yang dikongsika­n.

“Impian utama saya adalah mengeluark­an lebih banyak lagu baru dalam tahun ini. Banyak rancangan yang tak dapat direalisas­ikan pada 2017, jadi saya akan cuba selesaikan dalam tahun ini.

“Selain itu, insyaAllah, suara saya juga akan menjadi pengisi untuk lagu tema program Nona yang disiarkan di TV3 bermula tahun ini,” katanya.

Sam mengharapk­an 2018 berjalan lancar dan dia dapat seimbangka­n antara kerjaya nyanyian dan lakonan.

 ??  ?? Sekarang, saya banyak melakukan kajian mengenai watak di YouTube dan Internet untuk mendapatka­n pemahaman mengenai ibu bapa yang memiliki anak kurang upaya
Sekarang, saya banyak melakukan kajian mengenai watak di YouTube dan Internet untuk mendapatka­n pemahaman mengenai ibu bapa yang memiliki anak kurang upaya
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia