Harian Metro

Tonton 5 filem terbaik

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Tayangan

siri The Finest Five di GSC beri pengalaman tontonan bermutu

Dalam usaha menyajikan filem bermutu kepada penonton, pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) berkolabor­asi dengan produksi Twentieth Century Fox Film Corporatio­n menerusi tayangan siri The Finest Five.

Siri itu terdiri daripada lima karya terbaik luar negara iaitu The Mountain Between Us, Battle of the Sexes, The Shape of Water, Goodbye Christophe­r Robin dan Three Billboards Outside Ebbing, Missouri.

Filem The Mountain Between Us arahan Hany Abu Assad sudah pun memulakan tayangan 28 Disember lalu diikuti biografi atlet Battle of the Sexes pada 25 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif GSC Koh Mei Lee berkata, pihaknya akan terus melabur dalam kandungan alternatif seperti karya dokumentar­i dan muzikal.

“Kami yakin penonton berpuas hati dengan kepelbagai­an filem dalam senarai tayangan antarabang­sa GSC.

“Pelancaran The Finest Five sejajar dengan misi kami untuk memberi pengalaman menyaksika­n filem yang baik,” katanya.

Koh berkata, filem tayangan antarabang­sa GSC mengetenga­hkan kandungan sarat inspirasi dan nilai kemanusiaa­n.

“Menerusi kerjasama dengan Twentieth Century Fox membolehka­n kami mendedahka­n kepada penggemar filem karya terbaik antarabang­sa yang pasti menyentuh hati mereka,” katanya.

HADIAH MISTERI

Christophe­r Robin (19 April).

Lima filem berkenaan boleh disaksikan di pawagam GSC Pavilion KL, GSC Mid Valley Megamall, GSC 1 Utama, GSC IOI City Mall, GSC Gurney Plaza, GSC Aeon Bandaraya Melaka, GSC Ipoh Parade dan GSC Paradigm Johor Bahru.

Manakala penonton di Borneo boleh ke GSC CityOne, Kuching dan

GSC Suria Sabah, Kota Kinabalu.

Maklumat lanjut siri The Finest Five boleh layari www.gsc.com.my atau mengikuti laman rasmi Facebook GSCinemas.

 ??  ?? THE Shape of Water
THE Shape of Water
 ??  ??
 ??  ?? THREE Billboards Outside Ebbing, Missouri
THREE Billboards Outside Ebbing, Missouri
 ??  ?? GOODBYE Christophe­r Robin
GOODBYE Christophe­r Robin
 ??  ?? BATTLE Of The Sexes
BATTLE Of The Sexes

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia