Harian Metro

Tempat membesar cetus ilham

-

Muhammad Rojana ditemui pada majlis perasmian pameran lukisannya ‘In Three Elements Of Arts’ di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM, baru-baru ini.

Pameran yang dijangka berakhir 9 Januari ini dirasmikan Pengarah Muzium Zolkurnian Hassan bersama Pengarah Urusan Mee Ca Mee Shopping Centre Chong Swee Kek.

Terdapat 90 lukisan batik Muhammad Rojana dipamerkan yang bertajuk Moon Light, Pulau Ketam, Flower, Story Of Life dan Lotus, dengan saiz antara 75 x 75 sentimeter (sm) hingga 200sm x 510sm.

Keunikan karya Muhammad Rojana ialah penggunaan warna emas bagi menunjukka­n dengan jelas antara alam semula jadi dengan kehidupan dan ternyata persembaha­n itu memberi makna serta penceritaa­n tersendiri.

Muhammad Rojana berkata dia mengambil masa sebulan bagi menyiapkan lukisan bertajuk Moon Light itu.

Ia menggambar­kan keindahan malam berlatarka­n gunung, hutan dan bungabunga­an.

Katanya, pameran itu diharap dapat mencetuska­n inspirasi dan idea kepada penuntut terutama bagi bakat baru atau yang ingin menjadikan bidang berkenaan sebagai satu kerjaya dalam meraih pendapatan.

“Bukan mudah untuk terus bertahan dalam bidang ini kerana ia mengambil masa lama bagi seseorang pelukis itu sebelum dikenali.

“Namun mereka perlu mempunyai kesabaran tinggi selain sentiasa bereksperi­men dengan peluang dan perkembang­an semasa.

“Paling penting ialah tidak berputus asa dan sentiasa belajar daripada pengalaman kerana ia akan mematangka­n karya pelukis,” katanya. -Zuhainy Zulkiffli

 ??  ?? SENI batik turut diketengah­kan dalam lukisan bertajuk Moon Light.
SENI batik turut diketengah­kan dalam lukisan bertajuk Moon Light.
 ??  ?? PENGGUNAAN warna keemasan menaikkan lagi keindahan karya.
PENGGUNAAN warna keemasan menaikkan lagi keindahan karya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia