Harian Metro

Masjid al-Hussain bagai terapung di laut

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman rencana@hmetro.com.my

Masjid al-Hussain, Kuala Perlis ini tersergam indah dengan penampilan seni bina Islam berciri moden resort tropika.

Ia mampu memuatkan hingga 1,500 jemaah dalam satu-satu masa.

Nama masjid ini diambil sempena nama cucu Rasulullah SAW yang bermaksud baik, bagus, mempunyai tarikan dan keunikanny­a tersendiri.

Terletak di pinggir pantai Kuala Perlis, pengunjung dari daerah itu yang hendak ke Pulau Langkawi pasti terpukau dengan keindahan pemandanga­n masjid berlatarka­n lautan biru luas terbentang.

Dibina di atas keluasan tapak 1.21 hektar iaitu 0.8 hektar di atas laut dan

0.4 hektar di kawasan darat menjadikan masjid berkenaan dilihat terapung dari jauh.

Mula dibina pada 2006 dan beroperasi pada 8 Oktober 2011, masjid ini dirasmikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l kini antara tarikan di Perlis.

Penggunaan cat bagi mengindahk­an strukturny­a tidak sampai 10 peratus, selebihnya menggunaka­n bahan ‘keemasan’ seperti batuan semula jadi.

Imam satu Masjid al-Hussain, Muhammad Najdi Mohd Noor berkata, penggunaan cat pada masjid berkenaan hanya meliputi bahagian siling masjid saja.

“Bahan ‘keemasan’ seperti batu karang, serpihan batu kuarza, granit, marmar dan kelikir atau pebel yang berkualiti dipilih untuk menyerlahk­an konsep masjid yang mesra alam itu.

“Lokasinya yang berhadapan lautan antara faktor utama masjid ini tidak dihias dengan sebarang warna dari cat kerana penggunaan pada dinding akan membuatkan­nya terhakis,” katanya.

Beliau berkata Masjid al-Hussain antara masjid yang memiliki menara berkembar pertama di dunia.

“Fitrah manusia dicipta Allah adalah berpasanga­n dan martabatny­a tertinggi di antara semua ciptaan-Nya.

“Puncak menara berbentuk heksagon melambangk­an Rukun

Iman dengan ketinggian keseluruha­n menara ialah 31.3 meter (m) termasuk puncak berkembar masingmasi­ng setinggi 7.1m,” katanya.

Muhammad Najdi berkata, antara keunikan pada menara masjid berkenaan ialah lampu indikator yang dipasang pada menara terbabit.

Menurutnya, lampu indikator berfungsi sebagai penanda masuk waktu solat bagi pelaut seperti nelayan, pengemudi feri pelancong dan mereka yang bertugas di lautan.

“Lampu ini sebagai petunjuk masuknya waktu solat khusus Maghrib, Isyak dan Subuh.

“Jika Maghrib lampu biru dinyalakan, lampu hijau untuk Isyak dan keduadua lampu berkenaan akan bernyala jika tibanya Subuh bagi memudahkan mereka berada di lautan menunaikan solat,” katanya.

Tingkap luas yang dilengkapi cermin kaca berlukis diimport khas dari Amerika Syarikat menyerlahk­an lagi keindahan ruangan dalamannya.

“Permaidani yang direka khas dari Mesir tidak kurang hebatnya memberikan keselesaan dan kelembutan baldunya.

“Reka bentuk dalaman kubah juga antara tarikan utama dalam ruang solat dengan rekaan pelbagai corak bunga dan geometri berwarna biru serta keemasan dalam ukiran Ganch dari seni Islam Uzbekistan zaman silam.

“Di bahagian puncak dalaman kubah yang membulat ini diukir kalimah ‘Allah’ sementara bahagian bawahnya bercorak bintang lima penjuru melambangk­an Rukun Islam dalam lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Arab, Cina dan Tamil yang mencermink­an sifat agama Islam yang universal,” katanya.

 ??  ?? MASJID al-Hussain dibina di atas laut menonjolka­n
ciri sebagai masjid terapung di Kuala Perlis.
MASJID al-Hussain dibina di atas laut menonjolka­n ciri sebagai masjid terapung di Kuala Perlis.
 ??  ?? Bahan ‘keemasan’ seperti batu karang, serpihan batu kuarza, granit, marmar dan kelikir atau pebel yang berkualiti dipilih untuk menyerlahk­an konsep masjid yang mesra alam itu
Bahan ‘keemasan’ seperti batu karang, serpihan batu kuarza, granit, marmar dan kelikir atau pebel yang berkualiti dipilih untuk menyerlahk­an konsep masjid yang mesra alam itu
 ??  ?? MASJID al-Hussain dihiasi batu granit berwarna kelabu.
MASJID al-Hussain dihiasi batu granit berwarna kelabu.
 ??  ?? REKA bentuk
yang unik menambahka­n lagi tarikan
di masjid berkenaan.
REKA bentuk yang unik menambahka­n lagi tarikan di masjid berkenaan.
 ??  ?? JEMAAH menunaikan solat Zuhur di Masjid al-Hussain, Kuala Perlis.
JEMAAH menunaikan solat Zuhur di Masjid al-Hussain, Kuala Perlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia