Harian Metro

Mengenali tokoh Azerbaijan

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Jika dibandingk­an dengan pemimpin terkenal dunia yang lain pasti ramai kurang mengenali Heydar Aliyev, apatah lagi mengetahui latar belakangny­a.

Beliau ialah presiden ketiga Republik Azerbaijan yang memerintah negara bekas Republik Soviet itu dari 1993 hingga 2003 dan meninggal dunia pada 12 Disember 2003.

Namun, sumbangann­ya terhadap negara berkenaan sangat besar hingga berjaya menjadikan Republik Azerbaijan negara merdeka yang moden.

Bagi lebih mempopular­kan lagi bekas pemimpin negara itu, kerajaan Azerbaijan menerusi Kedutaan Azerbaijan di Malaysia mengambil inisiatif menerbitka­n buku bertajuk Kehidupan Tokoh Cemerlang: Heydar Aliyev dalam bahasa Melayu.

Buku yang ditulis penulis asal iaitu

Viktor Andriyanov dan Gyseynbala Miralamov, diterjemah­kan ke bahasa Melayu oleh penterjema­h bebas, Masliza Ab Hadi.

Ia merangkumi kisah sisi kehidupan peribadi, sosial dan politik beliau menerusi keluarga, teman rapat dan pihak lawan.

Pelancaran buku berkenaan disempurna­kan Duta Azerbaijan di

Malaysia Profesor Dr

Qaley Allahverdi­yev di Perpustaka­an Negara.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perpustaka­an Negara Datuk Nafisah Ahmad.

Turut diadakan juga Pameran Menemui Azerbaijan di Perpustaka­an Negara selama seminggu yang menunjukka­n kekayaan budaya dan warisan sejarah masyarakat negara republik berkenaan dan keindahan semula jadi serta kemajuan negara itu kepada rakyat

Malaysia.

Difahamkan, buku berkenaan Heydar Aliyev sudah diterjemah­kan kepada lebih 30 bahasa termasuk Inggeris, Cina, Turki, Greek dan Russia.

Ini membuktika­n Heydar bukan calangcala­ng pemimpin di negara berkenaan.

Dr Qaley berkata, sejak 1960-an lagi sejarah Azerbaijan sudah berkait rapat dengan nama

Heydar.

Beliau mempunyai sifat kepemimpin­an yang tinggi dan menjadi penggerak utama kemajuan ekonomi, politik, sosial serta pembanguna­n budaya negara itu.

Katanya, kelahiran semula rakyat Azerbaijan dalam semua bidang politik dan kebudayaan dikaitkan dengan Heydar kerana pembabitan­nya sepanjang 35 tahun untuk membangunk­an negara berkenaan.

“Falsafah Azerbaijan­isme dicipta Heydar pada 1960-an, menentukan kedudukan Azerbaijan dalam dunia moden yang menyediaka­n satu asas kukuh terhadap perpaduan dunia Azerbaijan­is.

“Ia juga dilihat sebagai satu idealogi yang membawa kepada taraf negara kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata, Heydar adalah pemimpin yang sukar dicari ganti kerana seluruh hidupnya untuk berbakti kepada rakyat malah, sentiasa mendahuluk­an rakyat dalam tugasannya.

Katanya, rakyat Azerbaijan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Heydar dan sentiasa mengenang jasanya selain memberi penghormat­an berpanjang­an kepadanya sebagai tokoh negara serta pemimpin hebat lagi bijaksana.

 ?? FOTO ?? DR QALEY (kiri) dan Nafisah melancarka­n buku bertajuk Kehidupan Tokoh Cemerlang: Heydar Aliyev dalam bahasa Melayu.
FOTO DR QALEY (kiri) dan Nafisah melancarka­n buku bertajuk Kehidupan Tokoh Cemerlang: Heydar Aliyev dalam bahasa Melayu.
 ??  ?? BUKU mengenai Heydar Aliyev diterbitka­n dalam lebih 30 bahasa.
BUKU mengenai Heydar Aliyev diterbitka­n dalam lebih 30 bahasa.
 ??  ?? PAMERAN Menemui Azerbaijan di Perpustaka­an Negara selama seminggu menonjolka­n kekayaan budaya dan warisan sejarah republik berkenaan.
PAMERAN Menemui Azerbaijan di Perpustaka­an Negara selama seminggu menonjolka­n kekayaan budaya dan warisan sejarah republik berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia