Harian Metro

PENGGIAT COSPLAY PRIHATIN

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Aktiviti cosplay sinonim dengan sekumpulan individu yang gemar memakai solekan tebal dan kostum karakter animasi tertentu.

Namun, di sebalik keberanian mereka tampil di khalayak dengan imej sebegitu, tidak ramai tahu komuniti ini turut aktif dengan aktiviti amal.

Antaranya menghiburk­an kanakkanak di wad hospital dan penghuni rumah anak yatim.

Antara kumpulan yang aktif adalah Toku Alliance Group (TAG) yang ditubuhkan pada Januari 2016 dan kini mempunyai 20 ahli terdiri daripada lelaki dan perempuan.

Menariknya, ahli TAG tidak hanya berkumpul ketika acara seperti AniManGaki, Comic Fiesta dan Collector’s Toy Fair Kuala Lumpur (CTFKL) tetapi turut merancang aktiviti lain yang lebih mendekatka­n mereka dengan komuniti.

Seorang ahli, Salihin A Jalil, 28, berkata, dia antara individu terawal yang menyertai TAG kerana mahu berkenalan dengan penggiat cosplay yang lain.

Katanya, penyertaan dalam TAG tidak sia-sia kerana aktivitiny­a tidak terhad pada acara cosplay semata-mata tetapi turut menjalanka­n program bersama komuniti.

“Tujuan asal penubuhan TAG adalah untuk menghimpun­kan penggiat cosplay supaya dapat berinterak­si antara satu sama lain.

“Namun, di samping berkongsi minat sama, kami turut merancang aktiviti yang dilakukan bukan untuk mengaut keuntungan tetapi lebih kepada sukarelawa­n dan kerja amal termasuk mengadakan kunjungan ke wad kanak-kanak di hospital.

“Walaupun kunjungan itu tidak lama, kami puas kerana dapat menceriaka­n pesakit dan alhamdulil­lah, ahli juga memberi sokongan walaupun ada antara mereka yang menetap di luar Lembah Klang,” katanya.

Menurut Salihin, selain mengunjung­i hospital dan rumah anak yatim, mereka turut memenuhi undangan mengiringi pengantin di majlis perkahwina­n.

“Selalunya, undangan itu datang daripada rakan terdekat jadi apa salahnya kami datang untuk memeriahka­n majlis?

“Lagipun, ia tarikan untuk kanak-kanak yang lebih terhibur dengan kehadiran kami ,” katanya.

Seorang lagi ahli,

Choy Hyu Gin, berkata, penyertaan dalam TAG bukan saja memberinya peluang berkongsi minat dengan penggiat cosplay lain tetapi dapat mendekati komuniti menerusi aktiviti yang dijalankan.

“Penampilan pertama saya adalah pada acara CTFKL dengan memakai kostum Kamen Rider ketika itu.

“Dari situ, timbul keinginan untuk aktif dan seronoknya kerana aktiviti ini turut membantu menghilang­kan tekanan selain menambah kenalan baru.

“Bagi saya, peranan

TAG amat berbeza kerana bukan hanya menyatukan penggiat cosplay tetapi memberi peluang kepada ahli untuk melakukan kerja amal,” katanya.

 ??  ?? AHLI TAG menjadi pengiring majlis
perkahwina­n.
AHLI TAG menjadi pengiring majlis perkahwina­n.
 ??  ?? AHLI TAG tidak hanya aktif
dalam acara cosplay.
AHLI TAG tidak hanya aktif dalam acara cosplay.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia