Harian Metro

Kanta berwarna tambah impak solekan Nurin Adlina Basir

-

Sememangny­a ramai wanita berhijab gemar memakai kanta lekap berwarna untuk memberi gaya atau penampilan berbeza. Tidak salah mengenakan kanta lekap untuk memberikan solekan kelihatan lebih pop dan menarik. Tetapi sebaiknya cuba serlahkan kecantikan warna asal mata anda.

Menurut jurusolek profesiona­l Nurin

Wedding Nurin Adlina Basir, sememangny­a terdapat perbezaan dalam pemilihan warna solekan untuk mereka yang gemar mengenakan kanta lekap berwarna.

“Walaupun sebenarnya kanta lekap coklat atau hitam lebih mudah disolek kerana sesuai dengan pelbagai ton pembayang mata namun mereka yang memakai kanta lekap berwarna akan lebih menyerlah dari segi solekan mata sekiranya pemilihan rona yang ‘kena’ gaya,” katanya.

Menjelaska­n lebih lanjut, untuk pemilihan warna bedak asas ia sama sahaja bergantung kepada jenis kulit sama ada cerah, sawo matang atau gelap. Beralih kepada pembayang mata, rona biru atau kehijauan akan menjadikan mata lebih galak bersinar terutama bagi mereka yang memiliki mata bundar.

“Solekan dengan kanta lekap rona sebegini lebih mencabar namun hasilnya lebih memikat disebabkan mata akan menjadi titik tumpu orang yang memandang. Untuk itu, pilih pembayang mata dalam kelompok merah jambu atau boleh digabungka­n dengan sedikit coklat dan perang kemudian sapu sekata,” katanya.

Menjadikan pelengkap solekan mata adalah sapuan celak. Elakkan mengaplika­sikan celak di bahagian bawah mata kerana akan membuatkan mata kelihatan lebih kecil. Celak ini juga menjadikan mata kelihatan ‘penat’ disebabkan kesan lingkaran hitam ini.

“Memadai sekiranya ingin memakai celak, hanya sapu di bahagian atas garis kelopak mata. Kemudian buat garisan celak daripada nipis dan semakin menebal ketika mencapai sudut mata. Ia menjadikan mata lebih menawan,” katanya.

Untuk maskara pula elakkan memakainya dengan melapisi bulu mata bawah mata. Ia hanya akan mempertega­skan kedutanked­utan halus di sekitar mata. Sebaliknya oleskan maskara melapisi bulu mata atas.

“Untuk kanta lekap berwarna pilih maskara hitam agar mata lebih bersinar, bersih dan nampak asli. Aplikasi maskara yang terlalu tebal akan membuatkan bulu mata bergumpal. Untuk menjadikan bulu mata

Gaya, penampilan berbeza perlu disesuaika­n dengan tona kulit

lebih lentik dan menawan, kepit dulu bulu mata menggunaka­n penyepit bulu mata,” ulas Nurin.

Tidak lengkap solekan tanpa sapuan pemerah pipi yang menjadikan solekan 80 peratus hampir selesai. Pilih rona merah jambu kemudian sapu menerusi tulang pipi ke bawah. Buat sedikit senyuman bagi memudahkan sapuan. Akhiri solekan dengan gincu rona kemerahan dan lapisi dengan pengilat bibir untuk kesan seksi dan senyuman menggoda.

Sekarang lihat perbezaan solekan menggunaka­n kanta lekap berwarna terutama pada bahagian mata. Pasti anda dapat rasakan keanggunan akan lebih terserlah. Solekan tampil lebih matang namun segar dan tidak keterlalua­n.

Bagi wanita yang keliru dengan pemilihan kanta lekap berwarna di bawah terdapat panduan ringkas memilih kanta lekap bersesuaia­n ton kulit bagi mengelak anda kelihatan janggal atau pelik selepas mengenakan solekan.

 ?? SOLEKAN & DANDANAN: ?? TIDAK keterlalua­n dan boleh digayakan untuk acara santai atau menghadiri
parti keluarga bersama rakan.
SOLEKAN & DANDANAN: TIDAK keterlalua­n dan boleh digayakan untuk acara santai atau menghadiri parti keluarga bersama rakan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia