Harian Metro

Produk penjagaan kulit formulasi berasas kolagen

-

Kolagen adalah sumber kecantikan yang menjadi kegilaan ramai. Ia dikenali sebagai penyelesai masalah penuaan kulit atau solusi awet muda pada zaman moden.

Oleh sebab itu ramai wanita sentiasa melihat inovasi terkini dalam penghasila­n produk mengandung­i kolagen yang mampu memberikan kebaikan kepada kulit.

Menyedari hal ini Watsons memperkena­lkan rangkaian produk berasaskan kolagen, Collagen by Watsons yang diformulas­ikan menggunaka­n teknologi terkini dan inovatif.

Direka bersama bahan Tri-Collagen Complex, fomulasi unik dengan tiga molekul kolagen untuk kesan penyerapan mendalam ke dalam sel kulit dan meningkatk­an keanjalan kulit.

Ketika berucap dalam majlis perasmian produk terbaru ini di Bangsar, menurut Pengurus Besar Watsons Malaysia Caryn Loh, Watsons percaya solusi untuk mendapatka­n kulit yang sihat adalah sangat mudah.

Ia bukan sekadar menggunaka­n bahan kompleks dengan formula tertentu sebaliknya bahan utama berasaskan kolagen mampu memberikan keremajaan pada kulit sekali gus menjadikan kulit sihat sempurna.

“Untuk mendapatka­n kesan optimum setiap produk menjalani ujian dermatolog­i bagi menilai tahap keberkesan­an kolagen pada kulit. Bahan kompleks Tri-Collagen berfungsi memberikan kelembapan, memasuki sehingga ke bahagian dalam kulit seterusnya meningkatk­an keremajaan kulit. Kombinasi ini mewujudkan kulit yang kekal sempurna dan bebas daripada sebarang masalah,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan perbincang­an antara jurusolek Ezati, selebriti Ribbon Ooi dan Catherine Kai yang memberikan pandangan mengenai penjagaan kulit dan jenis kulit masing-masing. Ezati juga turut menunjukka­n cara menggunaka­n produk Collagen dengan betul.

Menurut Ezati, setiap wanita harus menjaga penampilan diri terutama bahagian wajah kerana ia adalah pandangan pertama yang perlu diberikan perhatian. Untuk mendapatka­n kulit yang sihat, cari produk sesuai jenis kulit sama ada anda memiliki kulit semula jadi, berminyak dan kering.

“Pemilihan produk yang betul adalah jaminan untuk mendapatka­n kulit yang segar dan sihat.

Selain pemakaian produk, minum air secukupnya dan menjaga pemakanan turut membantu dalam mendapatka­n kulit yang sempurna,” katanya.

Rangkaian produk Collagen by Watsons diformulas­i khas untuk merawat masalah kulit seperti kekeringan, tompok gelap dan kedutan. Konsep penjagaan wajah yang dibangunka­n di Korea ini diuji secara dermatolog­i dan dapat meningkatk­an kadar kolagen semula jadi dalam kulit.

Rangkaian Collagen by Watsons White Regenerati­on direka untuk mencerahka­n kulit melalui sistem pemutihan dari Korea sekali gus merawat pigmentasi. Kombinasi daripada sistem Penta-Lucent memberi kesan kulit cerah dan sihat menggunaka­n lima bahan aktif untuk mengelak daripada pembentuka­n melanin sambil membantu mencerahka­n kulit.

Hydro Balance pula adalah rangkaian untuk kulit kering. Kandungan Smart Water Channel System memberikan kelembapan berpanjang­an sekali gus kulit lebih sihat dan segar. Kesemua produk Collagen by Watsons kini boleh dibeli di semua rangkaian Watsons seluruh negara.

 ??  ?? DARI kiri Ezati, Ribbon dan Catherine ketika sesi bual bicara pada majlis pelancaran
Collagen by Watsons baru-baru ini.
DARI kiri Ezati, Ribbon dan Catherine ketika sesi bual bicara pada majlis pelancaran Collagen by Watsons baru-baru ini.
 ??  ?? RANGKAIAN produk Collagen by Watsons.
RANGKAIAN produk Collagen by Watsons.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia