Harian Metro

Kulit dianalisis terlebih dulu

-

Adelia juga turut tertekan dengan masalah dihadapi dan mula mencari pelbagai rawatan yang dapat memulihkan wajah dengan segera. Ini kerana dia tahu sekiranya dia terus dalam keadaan begitu kulitnya akan semakin kehitaman dan membuatkan parut sukar hilang.

Menurut Perunding Perubatan Idealyst Medispa, Bangi Gateway Nur’Ain Zunairah Abdul Aziz, dia kerap menerima kunjungan pelanggan seperti Adelia yang menghadapi masalah kulit akibat penggunaan produk terlarang. Kebanyakan­nya mengakui menggunaka­n satu-satu produk tanpa diselidik disebabkan terpengaru­h dengan kecantikan, kecerahan dan kelicinan kulit testimoni yang dikatakan menggunaka­n produk itu.

“Saya akui ada sesetengah produk memberikan kesan yang cepat. Kulit mulai mengelupas dan meninggalk­an bahagian kulit yang lebih lembut serta cerah selepas seminggu menggunaka­nnya.

Namun ia hanya seketika, rangsangan mulai berlaku disebabkan kandungan bahan kimia di dalamnya. Lebih memburukka­n keadaan sebaik saja berhenti menggunaka­n produk masalah seperti jerawat batu, jeragat, kemerah-merahan dan kulit seperti terbakar mulai kelihatan dan sukar diubati,” jelasnya.

Apabila bertemu pakar ia mengambil masa untuk menghentik­an jerawat dan menyebabka­n pembaziran wang.

Dalam kes Adelia selain penggunaan produk yang tidak sesuai, gaya hidup tidak sihat, mengambil makanan segera dan snek turut menjadikan kulit bermasalah. Seelok-eloknya elakkan makanan berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifk­an keradangan pada jerawat. Ia banyak berlaku kepada wanita dan juga lelaki dalam lingkungan usia 14 tahun sehingga 30 tahun. Golongan ini dikatakan mengutamak­an kerjaya dan sibuk dengan urusan harian sehingga tiada masa memilih makanan sihat.

Bagi remaja pula jerawat dikaitkan dengan hormon yang tidak seimbang yang kerap berlaku terutama mereka yang baru datang haid.

“Bagi remaja, jerawat disebabkan oleh kelenjar sebaceous yang mengembang dan mengeluark­an lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon dikenali sebagai androgen. Sebab itu lebih ramai dalam kalangan remaja perempuan dan awal dewasa mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Bagaimanap­un, kebiasaann­ya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkuranga­n apabila meningkat dewasa,” ujarnya.

STRES PENYEBAB

JERAWAT

Stres yang teruk dan keterlalua­n juga boleh menyebabka­n radang terhadap jerawat. Ini kerana adrenalina dan hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarka­n secara berlebihan. Oleh itu individu yang tertekan seharusnya cuba mencari penyelesai­an dan bersikap tenang dalam setiap masalah yang dihadapi. Senaman adalah cara yang boleh mengurangk­an stres.

“Berterusan dalam stres hanya akan memburukka­n lagi simptom jerawat namun dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah,” katanya yang turut menasihati wanita agar mengelak daripada menyentuh kulit kerana ia akan memburukka­n keadaan.

Jelas Nur’Ain, kulit yang disentuh menggunaka­n jari tidak bersih menyebabka­n wajah mudah terdedah dengan bakteria Propioniba­cterium acnes. Sumber makanan bakteria

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia