Harian Metro

Tampil bersolek tambah keyakinan

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Anda seorang yang gemar bersolek atau membiarkan wajah polos tanpa sebarang warna solekan disebabkan tidak suka membawa beg mekap bersama? Kebanyakan wanita mempunyai barangan mekap kegemaran sendiri.

Ada yang hanya membawa produk asas seperti bedak padat dan pengilat bibir tetapi ada pula yang gemar bersolek tebal dan menuruti langkah demi langkah kerana merasakan wajah ‘kurang sempurna’ atau tidak berseri sekiranya tidak dirias lengkap.

Setiap wanita tentunya mempunyai pendapat masing-masing terutama dalam bab penampilan. Mungkin bagi yang gemar bersolek disebabkan ingin tampil sempurna walaupun hanya untuk ke pusat belibelah. Ada pula merasakan mereka tidak kisah berpenampi­lan ringkas, asalkan diri berasa selesa.

Bagi Nurulhiday­ah Mohtar, tugasnya sebagai jurusolek sepenuh masa dan berpengala­man luas mendandan mempelai membuatkan dia perlu sentiasa tampil sempurna terutama ketika merias wajah pelanggan.

Sebagai jurusolek, penampilan diri sangat penting dan dia bertuah kerana mengetahui setiap kegunaan produk seperti bedak asas, pembayang mata dan gincu secara terperinci sebelum mendandan pelanggan.

“Ia menjadi kelebihan kepada saya dari segi pengetahua­n dalam setiap produk solekan. Untuk itu saya lebih tahu mana yang sesuai dengan jenis kulit seseorang. Misalnya saya mempunyai jenis kulit kering jadi pemilihan bedak asas sangat penting.

“Saya gemar menggunaka­n jenis krim dan penutup cela terutama di bawah mata. Jadi dua produk ini perlu ada di dalam beg tangan saya. Keistimewa­annya saya tidak perlu selalu membetulka­n solekan dengan melekapkan span bedak kerana sebelum keluar wajah sudah disolek rapi menggunaka­n bedak asas dan pelindung cela,” katanya.

Memilih untuk tampil ringkas tetapi kelihatan segar, antara produk yang sering dibawa ke manamana adalah gincu matte yang boleh digunakan sebagai pemerah pipi dan pembayang mata, maskara, celak dan satu berus untuk sapuan bedak.

Setiap kali selepas solat dia dengan mudah mengenakan bedak asas, gincu dengan sedikit calitan ke pipi dan mata, celak dan maskara. Tidak sampai lima minit solekan selesai dilayangka­n pada wajah.

“Bagi saya bersolek sangat penting kerana ia dapat menutupi masalah kulit.

Jika malas, paling tidak pakailah bedak asas dan gincu. Ia sudah cukup untuk mengembali­kan keremajaan kulit,” nasihatnya.

Bagi perunding kecantikan Naliza Fazlin Rosnan, kekal bergaya dan tampil anggun sentiasa menjadi antara visi tatkala bertemu pelanggan. Untuk itu selain membawa dompet, beg kecil mengandung­i set alat solek berjenama tidak pernah ditinggalk­an. Set itulah yang akan digunakan setiap kali selepas solat atau dirasakan wajah semakin lesu dan perlu dirias semula.

“Saya bertugas sebagai perunding kecantikan Mary Kay, jadi saya perlu tampil yakin menggunaka­n produk ini kerana ia bukan sahaja sesuai kulit tetapi mudah digunakan. Kebiasaann­ya jika berada di pejabat selepas solat saya hanya memakai alat solek ringkas seperti krim CC, bedak asas, bedak debu bersama gincu dan pemerah pipi. Solekan ini hanya mengambil masa lima minit sahaja untuk diselesaik­an dan hasilnya sangat berkesan. Wajah tampak segar semula. Namun ada waktunya apabila bekerja pada waktu malam saya tidak memakai kesemuanya sebaliknya hanya mengenakan bedak asas dan gincu sahaja,” katanya.

Dia yang memiliki kulit normal dan kering tidak merasakan terbeban kerana perlu bersolek setiap waktu. Sebagai wanita penampilan adalah sangat penting.

Sama ada ke pejabat atau bersantai bersama keluarga dia tidak pernah keluar rumah dengan wajah polos tanpa solekan. Paling tidak mengenakan celak, sedikit pemerah pipi dan gincu bagi menampakka­n wajah yang segar.

Membawa kesemua barang solekan seperti penanggal alat solek, bedak asas, krim CC, gincu, bedak debu, pembayang mata, celak dan maskara di dalam beg tangan (yang diletakkan di dalam beg kecil) juga tidak membebanka­n dan menjadi masalah. Sebaliknya ia menjadi kebiasaann­ya dan dia akan berasa janggal jika kesemua produk ini tertinggal di rumah.

“Mungkin kerana gemar bersolek saya tidak mengambil masa yang lama untuk berdandan. Hanya dalam masa 10 hingga 20 minit untuk solekan yang lengkap ke majlis atau lima minit bagi solekan ringkas. Paling penting adalah sentiasa berlatih mengenakan solekan dan anda akan terbiasa melakukann­ya,” katanya.

BAWA SET LENGKAP

Masalah kulit penuh jerawat satu ketika dulu diibaratka­n sebagai perkara yang memalukan sehingga membuatkan Nurshahida­h Nawi kurang gemar berdandan. Selepas berusaha memulihkan kulit dengan pemakaian produk organik akhirnya wanita berusia 26 tahun ini mampu memiliki kulit yang diidamkann­ya.

Sejak itu dia mula belajar bersolek dengan mengikuti setiap langkah demi langkah bermula dengan penggunaan bedak asas sehingga kepada gincu.

Walaupun terpaksa membawa bermacam jenis alat solek namun bagi Nurshahida­h ia bukan satu masalah. Antara produk yang wajib ada di dalam beg tangan adalah pemerah pipi, pembayang mata, maskara, gincu dan produk penjagaan wajah Dermags termasuk pembersih, pelembap, bedak, penyegar dan serum.

“Memang ini di antara produk perlu ada di dalam beg comel saya yang dibawa setiap hari ke pejabat.

Setiap kali solat saya pasti menjalanka­n rutin cucian wajah kerana inginkan kulit kembali bersih. Kemudian saya akan memakai bedak, diikuti pembayang mata, maskara, pemerah pipi dan gincu.

“Walaupun kelihatan banyak namun ia tidak mengambil masa yang lama untuk bersolek. Dalam masa lima hingga 10 minit solekan selesai dilakukan. Saya hanya melayangka­n solekan nipis agar wajah kembali segar dan nampak sihat,” katanya.

Untuk solekan ke majlis pula barulah dia mengenakan solekan tebal terutama pada bahagian mata untuk tampil berbeza. Bersyukur kerana menemui produk rangkaian wajah terbaik dan sesuai kulit, kini Nurshahida­h tidak mempunyai sebarang masalah. Setiap kali memakai mekap, ia kelihatan lebih terserlah dan tampil lebih anggun.

 ??  ?? NURSHAHIDA­H tidak abaikan penjagaan wajah ketika di luar.
NURSHAHIDA­H tidak abaikan penjagaan wajah ketika di luar.
 ??  ?? NALIZA bersolek untuk penampilan diri.
NALIZA bersolek untuk penampilan diri.
 ??  ?? NURULHIDAY­AH
NURULHIDAY­AH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia