Harian Metro

Bercuti bersama artis kesayangan

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Program travelog tampil 13 selebriti bersama 13 peminat bertuah dipilih menerusi pertanding­an #expeRIAnce

Siapa mampu menolak jika berpeluang bercuti ke luar negara bersama artis kesayangan.

Sudah pasti, detik itu paling dinanti peminat, lebih-lebih lagi mereka yang tergolong dalam kelompok fanatik.

Itulah yang cuba ditonjolka­n dalam program travelog Ready, Set, Action.

Bukan sahaja artis berpeluang bercuti bersama peminat, pada masa sama, kembara mereka ke beberapa negara yang sudah ditentukan itu turut dirakam dan disiarkan di Astro Ria.

Menurut pengarah program, Rizal Risman, program yang bersiaran selama 13 episod itu menampilka­n 13 selebriti bersama 13 peminat bertuah yang dipilih menerusi pertanding­an khas #expeRIAnce.

“Peminat yang terpilih dalam program ini adalah mereka yang berkongsi video dengan cara paling menarik di Instagram mengenai hasrat mereka untuk bercuti dengan artis kegemaran.

“Secara tidak langsung, peluang keemasan sebegini adalah satu bentuk penghargaa­n kepada peminat yang selama ini menyokong perkembang­an kerjaya artis kesayangan mereka,” katanya.

Antara barisan artis yang terbabit ialah Fikry Ibrahim, Hannah Delisha, Izzue Islam, Sharifah Sakinah dan Remy Ishak.

“Kami sudah memilih beberapa negara antaranya Turki, Korea Selatan, Indonesia, New Zealand, England dan Bulgaria,” katanya.

Jelasnya lagi, program terbabit bukan sekadar percutian tetapi juga pendedahan kepada golongan artis dan peminat untuk melihat lokasi penggambar­an filem dan drama antarabang­sa dengan lebih dekat.

“Kami bawa mereka ke tempat menarik yang pernah dijadikan lokasi penggambar­an filem antaranya Dilwale,” katanya yang memulakan penggambar­an sejak awal November lalu.

Kata Rizal lagi, program travelog ini juga boleh dilihat sebagai pentas pertukaran budaya.

“Ada satu segmen artis dikehendak­i merasai sendiri pengalaman budaya masyarakat setempat. Jadi daripada situ mereka dapat mempelajar­i sesuatu yang baharu,” katanya yang memaklumka­n penggambar­an masih lagi berbaki sehingga 18 Januari depan.

Ready, Set, Action bertemu penonton setiap Selasa jam l 11 malam yang bersiaran selama 30 minit.

Episod berikut menyaksika­n pelakon Fikry Ibrahim membawa peminat bertuahnya ke Auckland, New Zealand untuk meneroka tempat ikonik yang pernah menjadi lokasi filem terkenal The Chronicle of Narnia. Januari depan.

Ready, Set, Action bertemu penonton setiap Selasa jam l 11 malam yang bersiaran selama 30 minit.

Episod berikut menyaksika­n pelakon Fikry Ibrahim membawa peminat bertuahnya ke Auckland, New Zealand untuk meneroka tempat ikonik yang pernah menjadi lokasi filem terkenal The Chronicle of Narnia.

 ??  ?? SHARIFAH Sakinah membawa peminat bercuti ke Korea Selatan.
SHARIFAH Sakinah membawa peminat bercuti ke Korea Selatan.
 ??  ?? SAHARUL Ridzwan bersama peminatnya di Jogjakarta.
SAHARUL Ridzwan bersama peminatnya di Jogjakarta.
 ??  ?? HANNAH bersama peminatnya.
HANNAH bersama peminatnya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia