Harian Metro

Rahsia bertahan Nizam Laksamana

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Syukur masih dapat undangan menyanyi selain menjadi panel dalam majlis ilmu

Tahun 2017 meninggalk­an kita dengan pelbagai cerita tersendiri. Ada dalam kalangan anak seni berduka kerana situasi ekonomi menyebabka­n kerjaya seni tidak berjalan lancar seperti yang direncanak­an.

Bagaimanap­un, berbeza buat penyanyi Nizam Laksamana yang tetap bersyukur kerana tawaran mengadakan persembaha­n terus ada.

“Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih membuka pintu rezeki saya dalam bidang seni. Setiap bulan saya mendapat empat atau lima tawaran persembaha­n. Ia bukan sekadar persembaha­n biasa tetapi meliputi majlis ilmu dan berkonsep Islamik. Saya dijemput sebagai panel atau artis undangan untuk menghiburk­an hadirin,” katanya.

Seiring usianya yang sudah melepasi 50an, Nizam sering dijadikan contoh atau idola kerana memperjuan­gkan seni daripada zaman rock sehinggala­h kini.

“Ramai yang cuba mencungkil rahsia saya bertahan. Sebenarnya tiada rahsia tertentu, apa yang saya pegang ialah kuat semangat, kental dan jangan sesekali mengabaika­n tanggungja­wab kita terhadap tuntutan agama,” katanya.

Selain menyanyi, Nizam juga mempunyai syarikat sendiri sebagai pembekal barangan keperluan pentas dan sistem bunyi. Dia juga membekalka­n kelengkapa­n untuk asrama sekolah seperti cadar, tilam, katil, bantal, langsir dan pelbagai lagi peralatan lain.

“Berniaga dan menyanyi berjalan seiring. Saya menyanyi kerana minat selain menambah pendapatan untuk keluarga,” katanya.

HASILKAN SINGLE BARU

Tidak dinafikan populariti lagu Gugurnya Bunga Cinta masih kuat sehingga kini. Namun, Nizam tidak boleh selamalama­nya mengharapk­an lagu itu saja.

Sebagai pembuka tirai 2018, Nizam akan tampil dengan single terbaru berjudul Rajuk Kekasih. Istimewany­a lagu itu tampil dengan melodi rock 1990an.

“Lagu ciptaan Lan Laga dan lirik oleh Dwan Inzaghi. Pada saya, lagu ini akan mengembali­kan kegemilang­an era rock 1990an.

“Saya percaya, ia akan mencetuska­n minat generasi muda terhadap penyanyi era itu. Sentuhan dan ‘feel’ nyanyian saya seperti era 1990an tetapi muzik digubah dalam bentuk moden,” katanya.

Menurutnya, pihaknya dalam proses menyiapkan rekaan kulit depan album dan percetakan. Ia dijangka menemui peminat pertengaha­n bulan ini. Penerbitan single itu turut ditaja oleh satu produk minuman yang Nizam menjadi dutanya.

“Majlis pelancaran akan dibuat secara gilanggemi­lang di mana saya akan menyanyika­n beberapa lagu termasuk single yang dirakam pada 2013 hingga 2016,” katanya.

Selain itu, Nizam juga dalam perancanga­n menganjurk­an persem bahan amal bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik.

“Saya masih berfikir sama ada untuk membuat konsert atau majlis makan malam amal yang akan turut menampilka­n rakanrakan penyanyi rock era 1990an.

“Jumlah kami mungkin sekitar tujuh orang dan selain menyanyi, kami juga mungkin beramal cara lain. Sebahagian hasil yang diperolehi akan diberikan kepada badan kebajikan terpilih,” katanya.

Nizam berharap usaha itu akan menjadi kenyataan dan berjalan lancar seperti yang dirancang. Bahkan dia juga terbuka sekiranya ada pihak berminat menjalinka­n kerjasama dengannya.

 ??  ?? NIZAM akan tampil dengan single terbaru berjudul
Rajuk Kekasih.
NIZAM akan tampil dengan single terbaru berjudul Rajuk Kekasih.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia