Harian Metro

Daniel sedar diri

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Tidak boleh memilih watak demi kelangsung­an dalam bidang seni

Minat terhadap bidang nyanyian tidak menghalang bekas peserta program realiti The Band, Daniel

Lim untuk terbabit dalam bidang lakonan.

Daniel, 28, berkata, apa juga rezeki yang datang perlu diambil kerana tidak semua orang diberikan peluang sedemikian.

Jika sudah minat dalam bidang seni, apa saja perkara boleh dilakukan. Walaupun tidak boleh, Daniel perlu mencuba.

“Saya mula terbabit dalam bidang seni sebagai penyanyi rap. Saya juga pernah berduet dengan Awi Rafael.

“Mungkin bukan rezeki untuk jadi penyanyi kerana lebih menyerlah dalam lakonan dan saya terima saja,” katanya.

Kembali aktif selepas hampir tiga tahun menyepi, Daniel berkata, pembabitan­nya dalam drama bersiri panjang berjudul Dendam Aurora adalah permulaan karier lakonan.

“Jodoh saya dalam bidang seni tidak panjang. Selepas program The Band saya ada berlakon beberapa drama dan kemudian hilang sebentar menguruska­n hal keluarga.

“Dendam Aurora adalah kemunculan semua saya dan rasa bersyukur selepas drama itu beberapa projek lakonan yang lain diterima,” katanya.

Sedang menjalani penggambar­an filem The Millionair­e, Daniel tidak mahu terlalu memilih watak.

Menurutnya, dengan kehadiran ramai pelakon sekarang ditambah lagi baru buat kemunculan semula, dia tidak boleh terlalu memilih.

“Saya perlu sedar diri. Apa saja watak yang diberikan saya perlu terima dan tidak boleh memilih walaupun ada sesetengah watak kurang digemari.

“Bagi saya, sebagai pelakon apa yang kita tidak suka adalah cabaran perlu diterima,” katanya.

Sering diberikan watak antagonis, Daniel berharap wataknya itu memberi kesan kepada penonton.

“Setiap kali diberikan watak, saya suka mengkaji dan akan bertanya kepada pengarah dan penulis skrip bagaimana lakonan yang mereka mahu.

“Disebabkan watak antagonis boleh dikatakan sama saja, pelakon itulah yang perlu bijak mewarnakan­nya dan memberi kelainan supaya tidak sama dengan cerita yang pernah dilakonkan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia