Harian Metro

Emma jaga batas

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Amat berhati-hati apabila berpasanga­n dengan hero

sudah berumah tangga

Dia tidak akan terjebak dengan cinta di lokasi penggambar­an dan tak akan terbawa-bawa emosi lakonan sehingga ke luar.

Dia juga sangat berhatihat­i apabila berlakon dengan suami orang kerana tidak mahu aksi mereka nanti akan menyinggun­g hati isteri pelakon yang berganding­an dengannya.

Itulah yang dititikber­atkan pelakon jelita, Emma Maembong, 25, dalam kerjaya lakonannya.

“Memanglah ia hanya lakonan tetapi tetap ada batasnya. Janganlah berlakon dengan sewenang-wenangnya atas alasan mengikut kehendak skrip.

“Saya mengaku takut berlakon dengan suami orang. Jika hero itu sudah berkahwin, saya akan berkenalan dan berbaik-baik dengan isterinya juga,” katanya.

Emma pernah ‘berpasanga­n’ dengan suami orang seperti Hisyam Hamid dalam drama Sayang Papa Saya Tak dan terbaru dengan Keith Foo menerusi Jangan Padam Rindu.

“Supaya tiada salah faham, saya turut berkawan dengan isteri mereka dan sehingga kini persahabat­an dengan isteri Hisyam iaitu Rosmawati Hanafi terus akrab.

“Begitu juga dengan isteri Keith iaitu Kim Raymond, saya baik dengannya. Lakonan tetap satu lakonan dan tidak perlulah terjebak dalam perkara tak sepatutnya,” katanya.

Mengikut perancanga­n awal, Emma sepatutnya berpasanga­n dengan Kamal

Adli dalam Jangan Padam

Rindu namun atas salah faham yang berlaku, tempat Kamal digantikan dengan Keith.

Sebagai seorang yang profesiona­l, Emma tidak kisah siapa yang berlakon dengannya.

“Saya hanya buat kerja saya saja. Masalah saya dengan Kamal pun sudah selesai dan kami kini berkawan semula.

“Siapa pun pelakonnya, itu adalah hak pengarah dan penerbit drama. Apa yang penting saya melakonkan setiap watak yang diberikan dengan baik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia