Harian Metro

Bas hilang kawalan masuk gaung

-

Sebuah bas ekspres terbabas memasuki laluan bertentang­an sebelum terhumban ke dalam gaung kira-kira 6.09 meter dalam kemalangan di Kilometer 26.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, bas berkenaan dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur ke JB Sentral, Larkin, Johor

Bahru sebelum terbabas.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superinten­dan Dzulkhairi Mukhtar berkata, kemalangan membabitka­n sebuah bas yang membawa 26 penumpang dengan dua kereta.

Beliau berkata, bas menghala ke arah selatan hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah lori yang tiba-tiba memasuki laluannya sebelum ia terbabas dan masuk ke laluan bertentang­an.

“Pemandu bas gagal mengawal kenderaan itu lalu melanggar besi penghadang jalan sebelum terbabas ke laluan bertentang­an dan melanggar dua kereta.

“Akibat kemalangan itu, bas terbabit terhumban ke dalam gaung arah ke utara,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabka­n dua mangsa cedera ringan, manakala yang lain tidak cedera.

Katanya, pemandu kedua bas ekspres itu, Zamnudin Mamat, 46, cedera di tangan kirinya, manakala pemandu sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan itu, Yean Bao Long, 35, luka di badannya.

“Semua yang terbabit dalam kemalangan itu terdiri daripada 11 warga tempatan, lima warga Indonesia, seorang warga Myanmar dan dua warga Singapura, manakala 11 lagi identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti,” katanya.

Dzulkhairi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? KEADAAN bas ekspres yang terbabas ke dalam gaung di Kilometer 26.5 Lebuhraya Utara-Selatan berhampira­n Kulai, semalam.
KEADAAN bas ekspres yang terbabas ke dalam gaung di Kilometer 26.5 Lebuhraya Utara-Selatan berhampira­n Kulai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia