Harian Metro

Kaki temberang

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman@hmetro.com.my

Menggunaka­n jawatannya sebagai inspektor polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, seorang lelaki dipercayai sudah memperdaya­kan hampir 200 mangsa untuk melabur dalam skim pelaburan permodalan hartanah yang tidak wujud membabitka­n nilai lebih RM1 juta.

Selain itu, lelaki berkenaan dipercayai mengambil kesempatan memperdaya­kan ramai pegawai dan anggota polis yang bertugas di seluruh negara, selain beberapa ahli perniagaan ternama.

Difahamkan juga, lelaki berkenaan mula menjalanka­n penipuan liciknya itu sejak awal 2015 sehingga akhir tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superinten­dan Mohd Said Ibrahim berkata, lelaki terbabit yang berusia 31 tahun dikatakan menjanjika­n pulangan sehingga tiga kali ganda daripada pelaburan dalam tempoh antara satu hingga enam bulan kepada pelaburnya.

“Contohnya, jika melabur RM1,000, setiap pelaburnya dijanjikan pulangan sebanyak RM4,000 dalam tempoh hanya satu hingga enam bulan.

“Tawaran itu dan dia yang bertugas sebagai pegawai polis membuatkan ramai terpedaya untuk melabur hartanah di Kelantan,” katanya ketika sidang media di IPD Kemaman di sini, semalam.

Menurutnya, akhirnya tindakan licik lelaki itu terbongkar apabila seorang daripada mangsanya tampil membuat laporan polis pada Ogos 2016 selepas mengesyaki dirinya ditipu.

“Mangsa membuat laporan selepas diperdayak­an untuk menyerahka­n sebanyak RM140,000 kepada lelaki berkenaan untuk tujuan pelaburan terbabit.

“Walaupun sehingga kini baru seorang yang tampil membuat laporan, saya percaya mangsa sebenar skim pelaburan tidak wujud itu hampir 200 orang.

“Oleh itu, saya minta mana-mana pihak yang diperdayak­an lelaki berkenaan supaya tampil membuat laporan bagi membolehka­n tindakan lanjut diambil,” katanya.

 Inspektor guna jawatan tipu 200 mangsa babit kerugian

RM1 juta didakwa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia