Harian Metro

Rugi RM300,000 5 hari berurusan

-

Kota Bharu: Takut selain terlalu percaya dengan individu yang mengaku polis antara faktor mendorong mangsa penipuan, terpedaya dengan sindiket Macau Scam di Kelantan.

Segelintir daripada mereka mengaku takut apabila menerima panggilan daripada polis dan cenderung untuk patuh setiap arahan mereka sehingga tidak sedar ditipu.

Selain itu, dakwa mereka, kredibilit­i polis menyebabka­n mereka yakin tiada pihak yang tergamak untuk menyamar dan polis dianggap penyelesai masalah.

Sepanjang 2017, sebanyak 22 kes penipuan Macau Scam direkodkan di Kelantan dengan kerugian mencecah RM1.5 juta.

Seorang daripada mangsa yang juga pesara awam mahu dikenali Anita, 64, memberitah­u dirinya ditipu pada Oktober lalu selepas menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa dirinya polis.

Katanya, dia kerugian lebih RM300,000 selepas lima hari berurusan dengan sindiket itu, malah wang disimpan untuk ke Makkah juga terjejas.

“Mulanya, ada lelaki menelefon talian tetap di rumah mendakwa kami mempunyai tunggakan dan talian telefon akan dipotong. Apabila menafikann­ya, dia memberitah­u saya terbabit dalam permohonan judi haram dalam talian.

“Talian kemudian disambung kepada seorang lelaki lain yang mendakwa anggota polis dan dapat menyelesai­kan masalah itu. Dakwa mereka, saya mempunyai hutang judi dalam talian sebanyak RM1 juta dan perlu selesaikan segera jika mahu selamatkan wang dalam bank.

“Disebabkan terlalu takut dan percaya dengan ‘polis’ itu, saya ikut semua arahan mereka supaya lakukan transaksi wang secara berperingk­at ke akaun pihak ketiga. Duit hilang, barulah sedar sebenarnya transaksi itu pindahan wang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia