Harian Metro

Darah beku punca ibu maut

-

Darah beku dalam saluran darah ke paru-paru dikenal pasti sebagai punca kematian seorang wanita berusia 39 tahun selepas melahirkan anak perempuann­ya yang ketika itu hanya baru berusia 20 hari.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa Roslina Arifin mengalami simptom itu atau dikenali sebagai

iaitu simptom yang berlaku kepada wanita baru melahirkan anak.

“Pada 12 Disember lalu, mangsa dimasukkan ke wad Hospital Pantai dan melahirkan seorang anak perempuan secara pembedahan dan anaknya kemudian dibenarkan pulang ke rumah selepas didapati sihat.

“Bagaimanap­un, pada Ahad lalu jam 11.45 malam, suaminya, Azrow Othman, 41, menghantar mangsa ke Hospital Pantai kerana mengadu sesak nafas. Mangsa pengsan ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai dan dirawat di Unit Kecemasan hospital berkenaan, malangnya kira-kira sejam kemudian mangsa disahkan meninggal dunia iaitu jam 2 pagi,” katanya.

Kuala Lumpur: Seramai 46 belia akan mengikuti Program Kepemimpin­an Kesukarela­wanan Belia Malaysia (MyCorps) dalam misi kemanusiaa­n di empat negara Afrika selama dua bulan bermula dengan penerbanga­n pertama esok.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, program siri kelima itu paling mencabar berbanding misi di Asia Tenggara dan Timur Tengah sebelum ini kerana empat negara Afrika dipilih iaitu Tanzania, Uganda, Kenya dan Sudan yang berdepan krisis kemanusiaa­n teruk.

Katanya, peserta MyCorps akan memberikan khidmat dan melaksanak­an tugas kesukarela­wanan serta kemanusiaa­n kepada pembanguna­n komuniti penduduk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia