Harian Metro

46 terpilih jalani misi MyCorps

-

tempatan yang terjejas akibat bencana alam, kemiskinan, wabak penyakit dan pelarian.

“Mereka akan terbabit dalam pelbagai program sukarelawa­n termasuk yang ada kaitan dengan perubatan, pendidikan, pembinaan kemudahan asas dan sanitasi serta apa saja program diperlukan di kawasan itu.

“Kumpulan kali ini pun kecil dan mereka berdepan keadaan sangat mencabar. Bukan hanya keadaan pembanguna­n di sana, tapi juga risiko konflik dekat dengan mereka.

“Sebab kawasan itu banyak membabitka­n pelarian di negara berhampira­n juga. Mereka berdepan kawasan yang tidak ada kemudahan sanitasi asas, wabak penyakit seperti taun dan sebagainya,” katanya selepas bertemu peserta MyCorps: Misi 5 @ Afrika di Pusat Belia Antarabang­sa, semalam.

MyCorps bertujuan membentuk kendiri dan jatidiri belia Malaysia berusia 18 hingga 30 tahun dalam memberi khidmat kesukarela­wanan di peringkat global.

Sebanyak 406 permohonan diterima di peringkat awal dan 355 pemohon layak ditemuduga sebelum 46 orang terpilih menjalani latihan intensif selama sebulan bersama urus setia dan rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selaku pelaksana misi iaitu Malaysia Aid and Humanitari­an Relief (MAHAR).

Katanya, program MyCorps berjaya dari segi jenamanya apabila dihormati dan diterima NGO antarabang­sa menerusi pelbagai program di beberapa negara seperti Kemboja, Bangladesh Sri Lanka, Lubnan, Turki serta Jordan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia