Harian Metro

‘Terima kasih MAIWP’

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

 Tukang jahit raih lebih RM3,000 sebulan hasil bantuan zakat perniagaan

Jika dulu wanita ini bersengkan­g mata setiap pagi menyiapkan juadah makanan untuk dijual di kedai namun kini dia mampu menarik nafas lega apabila pendapatan diraih lebih RM3,000 sebulan hasil bantuan zakat perniagaan diberikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP).

Fazliana Shirat, 34, mengakui pada awal perkahwina­n mereka mengalami masa sukar yang tidak dapat digambarka­n, lebih-lebih lagi terpaksa bekerja berseorang­an apabila suaminya, Muhammad Khairul Nazri Ahmad, 41, tempang akibat kemalangan jalan raya pada 2008.

“Hanya kami yang tahu bagaimana kesusahan dilalui keluarga, lebih-lebih lagi hanya saya seorang yang bekerja di sebuah butik jenama terkenal sebagai penyelia untuk menyara keluarga.

“Namun kami tidak patah semangat. Dalam keadaan tempang, suami saya bangkit membantu setiap pagi dengan memasak makanan untuk dijual di kedai berikutan dia mempunyai pengalaman membuka kedai makan sebelum ini,” katanya di sini, semalam.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia menerima bantuan zakat untuk memulakan perniagaan jahitan sebanyak RM5,000 oleh MAIWP pada 2010.

“Dulu saya hanya menjahit secara kecil-kecilan dengan pendapatan RM500 sebulan namun demi memajukan keluarga, saya menggunaka­n duit zakat orang ramai ini sebaiknya selepas menerima peralatan jahitan dan mengambil tempahan pakaian seperti baju kurung, jubah dan baju pengantin.

“Alhamdulil­lah tempahan semakin banyak dan pada 2014 saya ditawarkan sekali lagi bantuan sebanyak RM3,000 untuk mengembang­kan perniagaan menerusi atas talian,” katanya yang mempunyai Diploma Pereka Fesyen dari institusi latihan swasta.

Katanya, kini dia mampu berbangga apabila perlu menyiapkan 30 pasang baju kurung, lima pasang jubah dan 60 ‘bean bag’ seminggu.

“Hari-hari saya kini diisi dengan menjahit. Walaupun penat namun saya seronok melakukan kerja ini dan Alhamdulil­lah pendapatan saya kini cukup untuk membantu suami menyara keluarga.

“Selain itu, saya turut mendapat bantuan pada tahun lalu sebanyak

RM2,700 untuk memulakan perniagaan menjual produk makanan iaitu ikan jeruk belanak dan tepung kek segera,” katanya.

Menurutnya, dia berterima kasih kepada MAIWP atas kepercayaa­n memberikan bantuan berkenaan untuk dia memulakan kehidupan baru.

 ??  ?? FAZLIANA terima bantuan permulaan RM5,000 pada 2010. FAZLIANA di samping suami dan tiga anak.
FAZLIANA terima bantuan permulaan RM5,000 pada 2010. FAZLIANA di samping suami dan tiga anak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia