Harian Metro

12 penjenayah ‘masuk jerat’

-

Kajang: ‘Masuk jerat’. Itu yang berlaku apabila seramai 12 penjenayah ‘berbahaya’ dikehendak­i polis gagal meloloskan diri ketika melalui sekatan jalan raya.

Semua mereka diberkas melalui Operasi Cegah Jenayah Bersepadu sekitar daerah ini sejak malam ambang merdeka.

Dalam operasi khas itu, pihak polis daerah Kajang menjalanka­n sekatan jalan raya di beberapa lokasi membabitka­n sekitar Lebuhraya Besraya, Lebuhraya Grand Saga, Saujana Impian, Sungai Ramal keluar ke lebuhraya, Jalan Kajang ke Semenyih dan Pekan Semenyih ke susur keluar Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, seramai 89 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menjalanka­n sekatan jalan raya di enam lokasi berkenaan.

Menurutnya, operasi itu bukan saja bagi mengenal pasti pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan trafik malah bertujuan menjejaki individu yang mempunyai waran tangkap membabitka­n kes jenayah serta penyalahgu­naan dadah.

“Dalam operasi itu kami berjaya menahan 12 indi- vidu berusia 20-an hingga 40-an yang dipercayai terbabit dengan pelbagai kes jenayah termasuk curi kenderaan serta penyalahgu­naan dadah,” katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, pihaknya menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap 262 kenderaan dan 287 individu dalam operasi itu.

“Kami mengeluark­an 61 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan dalam operasi berkenaan.

“Pada masa sama, kami merampas tiga motosikal yang dipercayai kenderaan curi. Pihak polis turut menahan individu yang memiliki dadah jenis syabu selain positif dadah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, semua tangkapan dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? ANGGOTA polis melakukan sekatan jalan raya di beberapa
lokasi sekitar Kajang.
ANGGOTA polis melakukan sekatan jalan raya di beberapa lokasi sekitar Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia