Harian Metro

PLUS belanja RM1 bilion selenggara 5,000km lebuh raya

-

Lumpur: PLUS Expressway­s Bhd membelanja­kan RM1 bilion pada 2016 untuk menyelengg­ara 5,000 kilometer lebuh raya di negara ini yang sebahagian daripada komitmenny­a untuk memastikan keselamata­n pengguna.

Ia tanggungja­wab yang besar apabila mengambil kira syarikat konsesi lebuh raya terbesar di negara ini turut menyelengg­ara kawasan di sepanjang lebuh raya meliputi 7,000 cerun dan benteng, 500 jambatan serta dua terowong.

Dalam

mengutamak­an keselamata­n jalan raya untuk pengguna, Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Zakaria Ahmad Zabidi berkata, sepanjang tahun lalu, syarikat itu menjalanka­n lebih 10,000 pemeriksaa­n dan pemantauan aset di semua lebuh rayanya. “Kira-kira 1,000 anggota terbabit dalam tugas besar bagi menyelengg­ara lebuh raya sepanjang 5,000 kilometer yang bersamaan dengan jarak antara Kuala Lumpur dan Beijing. Petugas terdiri daripada jurutera dan eksekutif teknikal yang menjalanka­n pengurusan penyelengg­araan termasuk peralatan mekanikal dan elektrik di sepanjang lebuh raya serta pencahayaa­n jalan,” katanya dalam temu bual.

Beliau berkata, lebuh raya PLUS yang beroperasi lebih 30 tahun yang dianggap sebagai aset matang memerlukan pelaksanaa­n banyak inisiatif penyelengg­araan bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik.

“Kami juga melabur sejumlah besar wang untuk memelihara turapan permukaan jalan yang menjadi aset utama kami,” katanya.

Selain kereta penumpang dan kenderaan ringan, kenderaan berat saja menyumbang kira-kira 25 peratus daripada jumlah lalu lintas dan adalah penyumbang utama kepada kemerosota­n muka jalan.

Jumlah pelaburan dan bajet diperuntuk­kan khusus untuk memelihara aset jalan raya akibat lori lebih muatan yang menggunaka­n Lebuh Raya Utara-Selatan.

Bagi mengekalka­n lebuh raya, beliau berkata, PLUS mengamalka­n strategi penyelengg­araan tiga cabang yang termasuk penyelengg­araan rutin, rawatan dan pencegahan. - BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia