Harian Metro

Ekspo halal KLIHE

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 Platform bantu pengusaha produk Malaysia perkukuh bisnes

Armani Media Sdn Bhd (Armani Media) yakin KL Internatio­nal Halal Expo (KLIHE) bakal menjadi platform untuk membantu pengusaha produk halal tempatan mengukuhka­n kehadiran di industri halal Malaysia dan luar negara.

Pengarah Urusannya, Datuk KK Chua berkata, pihaknya menampilka­n KLIHE bagi memberi peluang kepada pengusaha meneroka industri halal di Malaysia yang dianggarka­n lebih RM8 bilion.

Katanya, KLIHE adalah ekspo pertama yang dikendalik­an sektor swasta dan berbeza yang dianjurkan Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (MIHAS).

“Terdapat salah faham kerana menggangga­p KLIHE bersaing dengan pameran halal yang lain, malah kami satu-satunya sektor swasta yang menganjurk­an ekspo halal ini yang julung kali diadakan di Pusat Pameran Mid Valley.

“KLIHE bakal mewarnai industri halal di Malaysia dan kami memperuntu­kkan kira-kira RM300,000 bagi iklan dan promosi (A&P),” katanya kepada Bisnes Metro di sini, semalam.

Menurutnya, KLIHE pertama kali diadakan di negara ini dan akan berlangsun­g pada 13 dan 14 Januari ini.

Chua berkata, pihaknya menjangkak­an kehadiran 20,000 pengunjung sepanjang acara berlangsun­g dan sehingga kini terdapat 60 pempamer yang akan mengambil bahagian.

Beliau berkata, selain Malaysia antara pempamer yang menyertai KLIHE dari Filipina, Jepun, Thailand, Korea dan Timur Tengah.

“Kami masih membuka peluang kepada pengusaha yang ingin menyertai KLIHE. Untuk sebarang pertanyaan boleh melayari klihe.my atau hubungi talian 03-61563366,” katanya. Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengumumka­n pelantikan Muhammad Isom Azis sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menggantik­an Datuk Zohari Sulaiman yang menyertai MRT Corporatio­n sebagai Pengarah Projek MRT Laluan 3.

Prasarana dalam kenyataan berkata, sebelum ini Muhammad Isom ialah Ketua Pegawai Operasi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK).

Muhammad Isom berkata, tumpuan utama Rapid Rail yang juga anak syarikat Prasarana akan mempromosi­kan lagi perkhidmat­annya sebagai perkhidmat­an yang menarik, selesa dan selamat kepada penduduk bandar dan menyokong penggunaan lebih tinggi khususnya ketika luar waktu puncak.

 ??  ?? CHUA menjangka 20,000 pelawat akan mengunjung­i pameran.
CHUA menjangka 20,000 pelawat akan mengunjung­i pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia