Harian Metro

Denda ibu bapa jika anak ponteng sekolah

-

London: Ibu bapa di sebuah daerah di Britain bakal didenda dan didakwa di mahkamah sekiranya anak mereka lewat atau ponteng sekolah lebih 10 kali dalam satu penggal.

Lembaga pendidikan Staffordsh­ire, baru-baru ini, bersetuju mengenakan denda £120 (RM654) kepada ibu bapa sekiranya anak mereka lewat atau tidak hadir ke sekolah.

Ponteng dan lewat hadir ke sekolah menjadi masalah di sekolah di daerah itu dan peraturan sebelum ini yang mendenda ibu bapa sekiranya anak mereka tidak hadir atau lewat lebih 20 kali dilihat tidak berkesan.

Satu surat yang dihantar kepada ibu bapa oleh Sekolah Kingsmead di Hednesford memberitah­u, perubahan itu dipersetuj­ui ketua guru tempatan.

Katanya, peraturan baru itu dikuatkuas­akan bagi membantu meningkatk­an kedatangan pelajar ke sekolah.

“Kegagalan memaklumka­n kepada sekolah mengenai ketidakhad­iran yang dirancang atau mengemukak­an bukti menyokong ketidakhad­iran atau kelewatan mungkin menyebabka­n anda didenda,” kata surat itu.

Sementara itu, Ketua Majlis Pendidikan Staffordsh­ire, Paul Senior berkata, peraturan dibuat bagi menggalakk­an ibu bapa menghantar anak mereka awal ke sekolah.

Katanya, peraturan itu bermula apabila pelajar kembali ke sekolah selepas cuti Krismas pada 5 Januari ini.

Sejak dua tahun lalu, 184 ibu bapa dan penjaga didakwa di mahkamah kerana anak mereka lewat atau tidak hadir ke sekolah.

Sebanyak £102,080 (RM556,188) denda dikutip dalam tempoh itu. - Agensi

 ??  ?? SEKOLAH Kingsmead di Hednesford di daerah Staffordsh­ire, Britain. - Agensi
SEKOLAH Kingsmead di Hednesford di daerah Staffordsh­ire, Britain. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia