Harian Metro

2 maut akibat ribut di Filipina

-

Manila: Dua terbunuh, manakala ribuan lagi terpaksa meninggalk­an kediaman masing-masing selepas ribut terbaru mencetuska­n angin kencang dan banjir di tengah Filipina semalam.

Kematian dilaporkan di Pulau Cebu di mana seorang wanita tua terbunuh akibat tanah runtuh, sementara seorang lelaki mati akibat terjatuh selepas ribut menyebabka­n bekalan elektrik terputus.

Ini ribut terbaru melanda Filipina yang baru pulih dilanda dua ribut kuat ketika penduduk menyambut perayaan Krismas.

Ribut tropika Kai-Tak membunuh 47 orang di tengah Filipina pada bulan lalu dan ribut Tembin menyebabka­n 240 penduduk maut di Mindanao.

Jabatan kaji cuaca memberi amaran, ribut terbaru itu dijangka melanda pulau Palawan dengan membawa angin selaju 65 kilometer sejam pada lewat semalam.

“Penduduk sangat sedih. Ia sangat sukar berdepan tiga ribut yang melanda berturut-turut.

“Penduduk hilang kehidupan mereka dan tidak berehat sejak Krismas lalu,” kata pegawai di pulau Palawan, Gil Acosta.

Ujarnya, 37 penduduk di Palawan terbunuh dengan 60 lagi masih hilang akibat dilanda Tembin.

Kira-kira 4,000 penduduk di seluruh tengah Filipina berpindah ke kawasan selamat untuk mengelak angin kencang dan banjir, lapor agensi bencana kebangsaan di Manila.

“Banjir berterusan di beberapa bandar di mana air daripada ribut sebelum ini masih belum surut,” kata pegawai bencana wilayah Cebu, Julius Regner.

Filipina secara purata dilanda 20 ribut besar setiap tahun dengan kebanyakan­nya menyebabka­n korban yang tinggi. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia