Harian Metro

‘Rancangan jahat musuh’

- AFP

 Ratusan ditangkap, jumlah kematian akibat protes di Iran meningkat 21 orang

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menuduh musuh Iran membuat perancanga­n menyelinap masuk dan menyasarka­n rejimnya, kali pertama dia mengulas kemelut yang melanda negara itu sejak beberapa hari lalu.

“Dalam kejadian beberapa hari lalu ini, musuh kita bersatu dan menggunaka­n segala keupayaan, wang, senjata, polisi serta perkhidmat­an keselamata­n untuk mencipta masalah bagi rejim Islam ini.

“Musuh sentiasa mencari peluang dan rekahan untuk menyelinap serta menyerang Iran.

“Hanya keberanian, pengorbana­n dan keyakinan rakyat mampu menghalang musuh kita,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di media kebangsaan.

Sehingga semalam, 21 orang maut dalam kekacauan sejak lima hari lalu di seluruh negara yang bermula sebagai protes terhadap ekonomi sebelum tiba-tiba berubah menjadi bantahan terhadap rejim pemerintah.

Semalam, media kebangsaan melaporkan sembilan kematian baru, manakala ratusan orang ditahan dalam bantahan antipemeri­ntah terbesar dilihat di negara itu sejak 2009.

Serangan di balai polis di Qahderijan, Isfahan, menyaksika­n enam penunjuk perasaan terbunuh, manakala sekurang-kurangnya tiga bandar berhampira­n lain turut berlaku keganasan yang menyebabka­n anggota polis, Pengawal Revolusi dan orang awam terbunuh.

Tiada pemimpin yang mengetuai kekacauan itu, dan kebanyakan­nya di bandar serta pekan di wilayah lain, manakala Teheran cuma menyaksika­n penunjuk perasaan pada Isnin lalu dengan kawalan ketat polis.

Semakin banyak keganasan berlaku, pihak berkuasa meningkatk­an tangkapan dengan sekurang-kurangnya 450 orang ditahan di ibu negara sejak Sabtu, manakala 100 lagi di Isfahan, Isnin lalu.

Jurucakap Pengawal Revolusi Esmail Kowsari berkata, pihaknya tidak akan mencampuri tunjuk perasaan tetapi meminta orang awam melaporkan ‘elemen hasutan.’

“Kami tidak akan membenarka­n ketakstabi­lan berlaku di Teheran. Jika itu berlaku, pegawai akan mengambil tindakan menamatkan­nya,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR diambil daripada siaran berita Islamic Republic of Iran Broadcasti­ng (IRIB) kelmarin menunjukka­n orang ramai melaungkan slogan ketika berarak menyokong kerajaan di Zanjan. - AFP
GAMBAR diambil daripada siaran berita Islamic Republic of Iran Broadcasti­ng (IRIB) kelmarin menunjukka­n orang ramai melaungkan slogan ketika berarak menyokong kerajaan di Zanjan. - AFP
 ??  ?? GAMBAR diambil daripada rakaman video menunjukka­n bangunan terbakar di Dorud, Iran, ketika rusuhan. - Reuters
GAMBAR diambil daripada rakaman video menunjukka­n bangunan terbakar di Dorud, Iran, ketika rusuhan. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia