Harian Metro

‘Semua beregu sama kuat’

-

Kuala Lumpur: Pemain beregu wanita negara, Vivian Hoo yakin gandingan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean akan tersenarai dalam skuad kelayakan Piala Uber di Alor Setar dari 6 hingga 11 Februari ini.

Menurutnya, setakat ini di bahagian beregu wanita, semua gandingan dilihat mempunyai kekuatan sama rata berbanding dulu apabila hanya mengharapk­an satu pasangan saja.

“Sekarang kami mempunyai tiga hingga empat gandingan yang menghuni ranking tidak jauh antara satu sama lain. Ia memang sesuatu yang positif buat skuad kali ini. Bagaimanap­un, berdasarka­n prestasi hujung tahun lalu saya rasa Mei Kuan-Meng Yean sesuai untuk menjadi gandingan kedua,” katanya semalam.

Jelasnya, pasangan nombor 21 dunia itu dilihat memiliki prestasi lebih baik dan berkeyakin­an tinggi namun semuanya bergantung kepada keputusan jurulatih.

“Sekarang ini kami tidak tahu lagi siapa yang akan disenaraik­an tapi bayangan awal, kami (Vivian-Woon Khe Wei) akan menjadi pasangan pertama dan mereka pula menjadi gandingan kedua,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

“Sebelum ini jika BAM panggil untuk latihan pusat tidak pernah saya tidak datang. Jadi tolong cakap berdasarka­n fakta. Mereka yang tidak tahu tolong jangan melatah, saya pun tidak mahu benda seperti ini mengganggu fokus saya,” katanya semalam.

Malah, pemain berusia 24 tahun itu yang pernah membarisi skuad kelayakan Piala Thomas 2016 menegaskan dia tidak akan berputus asa dengan keputusan Misbun itu, sebaliknya akan menjadikan­nya sebagai pembakar semangat untuk meningkatk­an prestasi seterusnya terpilih pada kejohanan besar lain.

“Prinsip saya memang tidak akan menyerah kalah. Kalau ada (terpilih) memang rezeki saya, tapi jika tidak itu bukan rezeki saya,” katanya.

Kelmarin, Misbun menegaskan beliau tidak mempunyai rancangan untuk memanggil pemain luar termasuk Zulfadli bagi mengisi empat kuota perseorang­an di Alor Setar.

Bagaimanap­un, Misbun mengakui masih mengamalka­n sikap terbuka untuk

menerima kehadiran pemain dari luar BAM, namun apa yang membimbang­kannya adalah kesanggupa­n pemain luar untuk bekerja keras bersama pemain BAM.

Skuad negara dijangka diumumkan Khamis ini selepas mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) dengan Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia, Soong Joo Ven dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin mungkin mengisi empat kuota itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia