Harian Metro

KOM disaran tumpu acara jarak jauh

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas kebangkita­n menakjubka­n atlet olahraga khusus dalam acara pecut sejak dua tahun lalu, sudah tiba masanya Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengorak langkah dengan mengalih tumpuan kepada acara jarak jauh yang pernah didominasi oleh Malaysia sebelum ini.

Bekas Raja Pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad yang kini berkhidmat sebagai pensyarah kejurutera­an di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata, kemunculan beberapa atlet pecut seperti Khairul Hafiz Jantan, Badrul Hisyam Manap, Jonathan Nyepa dan Haikal Hanafi serta Zaidatul Husniah Zulkifli bagi kategori wanita memperliha­tkan kebangkita­n yang begitu baik akhir-akhir ini.

Namun, senario itu nyata berbeza hampir 360 darjah buat atlet jarak jauh dan sederhana yang semakin tenggelam sejak era kegemilang­an M Ramachandr­an dan P Jayanthi di era 80-an dan 90-an dulu.

Jelas Nazmizan, meskipun KOM dan Majlis Sukan Negara (MSN) ada mendapatka­n khidmat jurulatih berpengala­man dari Kenya, Samuel Kipsang Rono untuk membantu, namun masih tidak mampu melahirkan atlet terbaik dengan keputusan hambar di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos lalu sebagai bukti.

“Bagi saya secara peribadi, skuad pecut negara sudah berada di landasan tepat untuk terus menggegar arena olahraga rantau ini apabila KOM berjaya menemui dan melahirkan pelari muda berbakat.

“Tapi tidak dalam acara jarak jauh dan sederhana yang makin menunjukka­n kemerosota­n. Dulu kita memang hebat dalam acara 800m, 1,500m dan 5,000m, tapi sekarang kita ketinggala­n begitu jauh biarpun sebenarnya mempunyai ramai atlet dalam jarak itu,” katanya semalam.

 ??  ?? DARI (kiri) Khairul Hafiz, Jonathan, Nixson, Badrul Hisyam dan Haiqal bangkit sejak kebelakang­an ini.
DARI (kiri) Khairul Hafiz, Jonathan, Nixson, Badrul Hisyam dan Haiqal bangkit sejak kebelakang­an ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia