Harian Metro

Olahraga Kontinjen unggul

- Rosliza Mohamed sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Pasukan olahraga Kontinjen Kelantan diumumkan sebagai Pasukan Terbaik Keseluruha­n pada Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan 2017, baru-baru ini.

Pasukan itu terdiri daripada 18 atlet lelaki dan tiga wanita menjadi penerima pertama anugerah itu yang julung kali diadakan untuk mengiktira­f bakat sukan pegawai serta anggota polis negeri.

Mereka menewaskan beberapa pasukan lain termasuk karom dan bowling serta membawa pulang hadiah plak, sijil penghargaa­n dan wang tunai yang disampaika­n Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.

Turut serta Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad.

Jurulatih pasukan itu, Koperal Mohamad Haziri Bolhi berkata, latihan sistematik dan stamina adalah kekuatan pasukan itu hingga mendorong mereka mencapai kejayaan.

“Kami juga mengutamak­an semangat berpasukan dalam memburu kejayaan bagi setiap acara atau pertanding­an diikuti seperti larian, lontar peluru dan lompat tinggi.

“Alhamdulil­lah rezeki kami apabila diumum Pasukan Terbaik Sukan PDRM Kontinjen Kelantan kali pertama, tahun ini,” katanya.

Menurutnya, pasukan itu berpengala­man menyertai banyak pertanding­an termasuk merebut Piala Ketua Polis Negara selain kejohanan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia, Kesatuan Olahraga Amatur Kelantan dan Maraton PDRM.

 ??  ?? PASUKAN olahraga diumumkan Pasukan Terbaik Anugerah Sukan PDRM Kontinjen Kelantan 2017.
PASUKAN olahraga diumumkan Pasukan Terbaik Anugerah Sukan PDRM Kontinjen Kelantan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia