Harian Metro

Cedera paksa Garbine tarik diri

-

Australia: Pemain tenis nombor dua dunia Garbine Muguruza dipalit kebimbanga­n membabitka­n kecergasan menjelang Terbuka Australia apabila terpaksa menarik diri daripada kejohanan Antarabang­sa Brisbane, semalam susulan kekejangan.

Juara Wimbledon itu sedang mendahului 2-1 pada set penentuan menentang pemain Serbia, Aleksandra Krunic pada pusingan kedua kejohanan pemanas badan menjelang aksi Grand Slam pertama tahun ini itu apabila dia rebah di gelanggang.

Pemain Sepanyol yang juga pilihan utama itu tidak mampu untuk meneruskan permainan sekali gus memberikan Aleksandra kemenangan 5-7, 7-6 (7/3), 2-1.

Garbine memenangi perlawanan set pertama yang berlangsun­g sengit dan tampak akan memenangi set kedua ke atas Aleksandra apabila mendahului dengan jurang besar 5-2.

Begitupun, dia mula bergelut dengan kepanasan 30 Celsius serta kelembapan yang membenarka­n Aleksandra bangkit untuk menang set kedua menerusi penentuan tiebreak.

Garbine menerima rawatan daripada fisioterap­i di gelanggang sebelum aksi penentuan dan berjaya mematahkan servis Aleksandra tetapi rebah ketika sedang bersedia untuk melakukan servis.

Kekalahan itu menamatkan peluang Garbine untuk memintas ranking nombor satu dunia yang dipegang Simona Halep sebelum penentuan pemain pilihan di Terbuka Australia bermula 15 Januari ini.

Aleksandra akan bertemu sama ada Sorana Cirstea atau Anastasija Sevastova pada suku akhir. - AFP

 ??  ?? GARBINE (kanan) kecewa gagal tamat aksi berdepan Aleksandra.
GARBINE (kanan) kecewa gagal tamat aksi berdepan Aleksandra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia