Harian Metro

Caroline tak berpeluh

- AFP

Pilihan utama mudah mara pusingan kedua Kejohanan Klasik WTA

Pilihan utama Caroline Wozniacki tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua Kejohanan Klasik WTA Auckland tetapi pemain pilihan lain bergelut dalam perlawanan pembukaan masing-masing.

Pilihan ketiga dan keempat, Barbora Strycova dan Agnieszka Radwanska kedua-duanya terpaksa bermandi peluh apabila diheret ke set penentuan oleh lawan masing-masing.

Empat lagi pemain pilihan termasuk juara bertahan dan pilihan kelima, Lauren Davis tersingkir pada pusingan pertama.

Caroline dari Denmark gagal digugat pemain Amerika Syarikat, Madison Brengle selepas menang 6-3, 6-0.

“Saya memang tak jangka. Ini aksi pertama saya dan semuanya berjalan lancar dan pukulan saya menjadi,” kata Caroline.

Agnieszka mara ke pusingan kedua selepas menang ke atas pemain Brazil berusia 21 tahun, Beatriz Haddad Maia dalam pertarunga­n sengit tiga set.

Bintang Poland itu cemas pada set ketiga sebelum bangkit untuk mencatat kemenangan 6-2, 4-6, 6-2.

“Paling penting saya menang set ketiga,” kata Agnieszka.

“Ini kejohanan pertama tahun ini. Kemenangan ini menjadi perangsang semangat untuk perlawanan seterusnya. Juga mengurangk­an tekanan pada pusingan kedua,” katanya.

Sementara itu, Barbora memerlukan tiga jam untuk mengatasi Sara Errani dari Itali 6-4, 6-7 (3-7), 6-4 dengan pemain Czech itu tidak mempamerka­n kemampuan sebenar hinggalah set ketiga.

Juara bertahan, Lauren tewas mengejut

1-6, 2-6 kepada lawan juga dari

Amerika Syarikat,

Sachia Vickery dan seorang lagi pemain kelayakan Ysaline Bonaventur­e dari

Belgium mengecewak­an pilihan keenam Yulia

Putintseva dari Kazakhstan 6-3,

6-3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia