Harian Metro

Mourinho balas kritikan Scholes

-

Liverpool, England: Jose Mourinho berang dengan bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes selepas beliau mengkritik pengurus dan pemain utama pasukan ketika mengulas perlawanan di televisyen.

Scholes menghentam Paul Pogba selepas pemain itu menunjukka­n aksi kurang memberangs­angkan ketika United seri dengan Southampto­n sebelum ini.

Namun, pemain kebangsaan Perancis itu bangkit mempamer persembaha­n lebih baik ketika menang 2-0 ke atas Everton awal pagi semalam, sekali gus menamatkan badi tiga kali seri dan meletakkan

Red Devils

12 mata di belakang pendahulu Manchester

City.

Kemenangan itu memberikan ‘ruang’ buat Mourinho untuk kembali membalas kritikan Scholes pemain yang berada dalam kelompok ‘Kelas 92’ dan muncul antara tonggak kejayaan United sebelum ini.

“Pada pendapat saya, satu-satunya perkara yang dilakukan Paul Scholes adalah mengkritik,” kata Mourinho.

“Saya tidak fikir beliau memberikan komen biasa. Pada saya, beliau lebih gemar mengkritik. Kritik dan komen adalah dua perkara berbeza.

“Bukan semua pemain sekarang

perlu menjadi hebat sepertinya. Kami tidak perlu mengikutny­a.”

Scholes mendakwa Pogba kerap ‘berlakon’ sepanjang perlawanan dan gagal menepati status sebagai pemain paling mahal di kelab itu.

Bagaimanap­un, Mourinho pantas menafikan dan mendakwa kritikan Scholes lebih menjurus kepada isu cemburu.

“Paul sentiasa cuba memberikan yang terbaik,” katanya. “Ada kalanya dia bermain sangat cemerlang, ada kalanya dia bermain hebat dan ada kalanya tidak begitu baik.

“Ia bukan salah Paul apabila dia menjana pendapatan jauh lebih tinggi berbanding Paul Scholes. Ia adalah perkara biasa dalam bola sepak.” - AFP

 ??  ?? SCHOLES AKSI kurang memberangs­angkan Pogba mendapat kritikan Scholes.
SCHOLES AKSI kurang memberangs­angkan Pogba mendapat kritikan Scholes.
 ?? Jose Mourinho ?? Saya tidak fikir beliau memberikan komen biasa. Pada saya, beliau lebih gemar mengkritik”
Jose Mourinho Saya tidak fikir beliau memberikan komen biasa. Pada saya, beliau lebih gemar mengkritik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia