Harian Metro

‘PILIH TAWARAN TERBAIK’

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

 PFAM yakin pemain tempatan ada sebab positif tolak tawaran beraksi di Liga Thailand

Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) meminta semua pihak tidak menyalahka­n keputusan pemain tempatan selepas tindakan mereka menolak tawaran beraksi di liga Thailand.

Ia susulan sekurang-kurangnya tiga pemain daripada skuad Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu didakwa menolak tawaran kelab dari negara jiran itu kerana gaji yang ditawarkan lebih rendah berbanding pendapatan diperoleh dalam Liga Malaysia (Liga M).

Malah, ada sesetengah pihak menganggap tindakan mereka sebagai ‘menolak tuah’ untuk menimba pengalaman beraksi di luar negara sebaliknya lebih mementingk­an pendapatan lumayan.

Namun Presiden

PFAM, Rezal Zambery Yahya menjelaska­n isu itu perlu dilihat dari sudut lebih rasional termasuk memahami pasaran bola sepak di

Asia Tenggara serta purata pendapatan pemain di Malaysia sebelum membuat sebarang komen.

“Disebabkan kerjaya pemain bola sepak tidak panjang, sudah tentu mana-mana pemain akan memilih tawaran yang lebih bertepatan dengan keperluan mereka.

“Anda tidak boleh menyalahka­n mana-mana pihak kerana pemain berhak memilih untuk menandatan­gani kontrak bersama pasukan mana mengikut tawaran yang diberikan.

“PFAM memuji kesediaan pemain untuk mengembang­kan kerjaya mereka di luar negara, namun keperluan pendapatan dan tawaran yang sesuai perlu juga diambil kira untuk kelangsung­an hidup mereka,” katanya semalam.

Kelmarin, tiga pemain skuad Sukan SEA, Adam Nor Azlin

Syamer Kutty Abba dan Jafri Firdaus Chew dikatakan menolak tawaran kelab divisyen satu dan dua liga Thailand selepas gaji yang ditawarkan antara AS$3,000 (RM12,000) hingga AS$5,000 (RM20,000) sebulan. Jumlah itu menunjukka­n penguranga­n antara 40 hingga 50 peratus berbanding gaji yang diperoleh pemain tempatan dalam Liga M.

Selain itu, Rezal turut menyangkal tuduhan beberapa pihak yang sebelum ini melabel pemain tempatan tiada kualiti, sekali gus gagal menarik minat kelab luar negara.

“Isu pemain kita tak laku tidak timbul, kerana ini sudah menjadi bukti kualiti pemain kita di peringkat serantau amat baik dan menjadi tumpuan pasukan Asia Tenggara,” jelas Rezal.

(gambar),

 ??  ?? REZAL
REZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia