Harian Metro

MISC-MIFA belum jumpa pemain dicari: Devan

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Sekalipun sudah menguji tiga pemain import sepanjang bulan lalu, namun pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) belum menemui pemain yang dicari dalam usaha membuat persiapan rapi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Sehubungan itu, ketua jurulatihn­ya, K Devan berkata, pihaknya akan menguji empat lagi pemain import masing-masing dari Brazil, Argentina, Senegal dan Vietnam sepanjang sesi latihan minggu ini di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.

Katanya, pihaknya merancang untuk mengambil tiga lagi pemain import bagi melengkapk­an kuota empat pemain selepas mengekalka­n penyerang import musim lalu dari Liberia, Kpah Sean Sherman

“Saya akan menguji empat pemain import sepanjang latihan minggu ini sebaik mereka tiba di negara ini dan kami memerlukan tiga lagi pemain bagi mengisi kuota yang diperlukan masing-masing di posisi pertahanan, tengah dan penyerang.

“Saya dan pengurusan pasukan juga sudah menyaksika­n persembaha­n pemain

(gambar).

itu menerusi video serta peneliti prestasi semasa mereka ketika masing-masing beraksi dengan pasukan terakhir sebelum ini.

“Saya harap keempat-empat pemain itu dapat menunjukka­n prestasi sebenar sepanjang ujian itu nanti dan jika menepati kriteria diperlukan pasukan, kami akan menawarkan kontrak kepada mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia