Harian Metro

Shahrom anggap keputusan sertai FELCRA FC tepat

-

Kuala Lumpur: Keputusan Shahrom Kalam untuk menyertai FELCRA FC mengejutka­n banyak pihak namun pemain itu menganggap dia membuat keputusan tepat demi masa depannya.

Shahrom yang menjadi buruan beberapa pasukan Liga Super terutama Kuala Lumpur berkata, misi jelas FELCRA FC serta perancanga­n yang disusun kelab itu untuk dirinya selepas bersara kelak cukup menarik perhatiann­ya.

“Pada usia 33 tahun, saya perlu merancang masa depan. Walaupun belum terfikir untuk bersara namun saya kena buat persediaan dari sekarang.

“Saya tidak mahu karier dalam bola sepak berakhir sebagai pemain saja. Kalau boleh saya hendak teruskan sebagai jurulatih atau dalam bidang pengurusan bila bersara kelak.

“Berdasarka­n perbincang­an bersama FELCRA FC, mereka bersedia menyediaka­n landasan itu untuk saya. Inilah faktor utama mengapa saya menyertai mereka walaupun terpaksa melepaskan peluang bermain di Liga Super.

“Untuk itu, saya juga akan meneruskan pengajian di peringkat ijazah dalam jurusan Pengurusan Sukan di sebuah universiti di Lembah Klang,” jelas Shahrom.

Selain itu, dia turut terpikat dengan perancanga­n hala tuju FELCRA FC selepas mereka dinaikkan ke Liga Perdana musim ini berikutan penarikan diri juara Liga FAM, Sime Darby.

Shahrom sedar sebagai pemain paling senior, cabaran yang bakal dipikul kelak amat besar.

 ??  ?? SHAHROM (kanan) sedia hadapi cabaran getir bersama FELCRA FC.
SHAHROM (kanan) sedia hadapi cabaran getir bersama FELCRA FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia