Harian Metro

Empat das tewaskan buaya

-

Saratok: Empat das tembakan terpaksa dilepaskan terhadap seekor buaya yang ditangkap penduduk di Sungai Seblak dekat Kampung Sungai Seblak, semalam.

Buaya jantan sepanjang empat meter itu bertindak agresif dan cuba melepaskan diri ketika ditangkap sebelum seorang penduduk melepaskan tembakan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Reptilia sepanjang empat meter dengan berat dianggarka­n 200 kilogram itu ditangkap penduduk kampung kira-kira jam 5 pagi selepas dijerat menggunaka­n umpan ayam.

Penduduk Rosli Ili,

43, berkata, penduduk kampung bersepakat untuk memasang umpan ayam di sungai berkenaan sejak empat hari lalu bagi menjejaki ‘sang bedal’ berkenaan.

Menurutnya, reptilia daripada spesies buaya katak itu sering muncul di kampung mereka terutamany­a ketika air pasang hingga banyak ternakan penduduk kampung dibaham.

Katanya, ketika berjaya ditangkap, buaya berkenaan agresif untuk melepaskan diri sebelum seorang penduduk kampung terpaksa melepaskan empat das tembakan bagi melemahkan reptilia itu.

“Selepas beberapa bulan penduduk kampung dihantui kemunculan buaya di sungai itu, kini kami boleh menarik nafas lega selepas haiwan itu terbunuh,“katanya ketika dihubungi, semalam.

Rosli berkata, selepas buaya berkenaan ditembak penduduk, haiwan itu lemah kemudianny­a ditarik penduduk kampung ke tebing sungai berkenaan sebelum mati.

“Kali terakhir penduduk kampung menjadi mangsa dibaham buaya pada 2015 dan kami tidak mahu kejadian sama kembali berulang dan lebih ramai yang akan menjadi mangsa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia