Harian Metro

Semangat darjah satu

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

 Tetap ceria walaupun berpakaian seragam diberi sepupu

Meskipun hanya mengenakan seragam sekolah yang diberi oleh sepupunya pada hari pertama sesi persekolah­an keadaan itu tidak sedikit pun menjejaska­n semangat seorang murid untuk menjejaki kaki ke darjah satu.

Malah, William Wilfred, 7, kelihatan ceria ketika hadir pertama kali ke Sekolah Kebangsaan (SK) Malawa dengan ditemani ibu bapanya Rashita Undak, 36, dan Wilfred Agus, 31.

Menurutnya, dia dan dua kakaknya, Roswylia Julianah, 10 dan Roswyllyan­a Cronelia, 9, tetap bangun awal kerana semangat menghadiri sekolah pada hari pertama tahun ini.

“Saya dan kakak bangun seawal jam 5 pagi dan menaiki kereta bapa saudara yang ayah pinjam untuk menghantar kami ke sekolah.

“Walaupun rakan-rakan lain menggunaka­n seragam baru, saya tetap gembira walaupun mengenakan seragam sekolah sepupu yang sudah tidak lagi ia gunakan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Wilfred yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, dari segi persiapan sekolah hanya bapa yang menguruska­n mereka kerana ibunya sarat mengandung anak keempat dan bakal melahirkan dalam beberapa hari lagi.

“Jika ada peluang, saya mahu merasa pakaian seragam sekolah baru termasuk beg dan kasut sekolah kerana saya bukan keluarga senang. Saya tidak minta dibelikan apa- apa,” katanya

Rashita berkata, anak-anaknya memahami susahnya ayah mereka mencari nafkah termasuk mengurus anak kedua mereka yang juga orang kurang upaya (OKU) cacat pada pinggang sehingga kaki menyebabka­nnya terpaksa bertongkat ke sekolah.

“Membeli barang sekolah baru bukan perkara mudah bagi kami, apatah lagi, Roswyllyan­a masih memerlukan perbelanja­an perubatan.

“Ketika ini, kami sekeluarga menumpang di rumah nenek di Kampung Kayu Madang, Telipok,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar Cemerlang SK Malawa, Judin Diana berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat keperluan murid sekolahnya dan sentiasa memastikan disiplin murid dalam keadaan baik.

“Guru di sekolah ini juga terlatih dan kita berusaha memastikan kebajikan murid terpelihar­a bagi membantu meringanka­n beban keluarga,” katanya.

 ??  ?? WILFRED menemani anaknya, William.
WILFRED menemani anaknya, William.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia