Harian Metro

Gengsteris­me, buli terkawal

-

Kota Kinabalu: Gejala gengsteris­me dan buli membabitka­n pelajar sekolah menengah dan rendah di Sabah dilihat dalam keadaan terkawal serta tidak membimbang­kan.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Senior Asisten Komisioner (SAC) Ahmed Fadzillah Mohamed berkata, meskipun tidak membimbang­kan, pihaknya tetap melakukan pemantauan rapi dalam usaha membendung gejala berkenaan menular di peringkat akar umbi terutamany­a di alam persekolah­an.

Menurutnya, pihaknya mengambil inisiatif meletakkan sekurang-kurangnya seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau Balai Polis untuk ditempatka­n di sekolah-sekolah yang berpotensi berlakunya gejala gengsteris­me atau buli di seluruh negeri ini.

“Meskipun terkawal, kita tidak akan memandang ringan terhadap senario itu,

malah akan menempatka­n pegawai dari IPD atau Balai Polis di sekolah berpotensi untuk memantau setiap permasalah­an disiplin dan sebagainya.

“Ini adalah sebagai usaha kita menangani gejala jenayah seperti gangsteris­me atau buli dan dadah daripada terus menular di alam persekolah­an lagi, di Sabah, kita melihat ia masih terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Keselamata­n Komuniti Hari Pertama Persekolah­an 2018 di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superinten­dan George Abdul Rakman dan Pengetua Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, Lim Lai Hong.

Pada program itu, turut diadakan demostrasi keselamata­n membabitka­n pelajar sekolah dan polis.

 ??  ?? AHMED Fadzillah bersama Lim (duduk kiri).
AHMED Fadzillah bersama Lim (duduk kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia