Harian Metro

Jalan sekolah terputus

- Norasikin Daineh

 10 guru, murid terkandas akibat tanah runtuh lalui titi

Walaupun jalan raya menghubung­kan laluan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan di sini, terputus, ia tidak mematahkan semangat 10 guru untuk memulakan tugasan hari pertama sesi persekolah­an semalam.

Laluan sejauh empat meter itu terputus berikutan tanah runtuh disebabkan hujan lebat sejak kelmarin. Akibat kejadian itu, guru yang menetap di luar kampung berkenaan menggunaka­n titi kayu untuk sampai ke sekolah.

Selain guru, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpangan dan penduduk yang mahu keluar dari kampung itu juga turut terperangk­ap kerana laluan itu tidak dapat dilalui kenderaan.

Menurut guru, Azli Atin, 39, dia lalu di kawasan itu jam 7 pagi dan meninggalk­an kenderaann­ya di kawasan berhampira­n jalan runtuh sebelum menyeberan­g menggunaka­n titi.

“Hujan lebat ketika ini dan kami melalui jalan itu untuk sampai ke sekolah.

“Kenderaan kami ditinggalk­an sebelum menumpang kereta penduduk yang terperangk­ap di kampung itu untuk menghantar kami ke sekolah sejauh tujuh kilometer dari jalan runtuh,” katanya, semalam.

Dalam pada itu, Azli turut meluahkan perasaan bimbang berikutan hujan lebat sejak kelmarin yang menyebabka­n Semua 596 mangsa banjir dari enam kampung di kawasan Tongod, dekat sini, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, jam 1 petang, semalam.

Bagaimanap­un, Ketua Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Zon Sandakan Leftenan Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya masih menjalanka­n pemantauan

 ??  ?? JALAN runtuh menyebabka­n penduduk terperangk­ap tidak dapat keluar dari kampung berkenaan.
JALAN runtuh menyebabka­n penduduk terperangk­ap tidak dapat keluar dari kampung berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia