Harian Metro

LAGA AYAM RM 10,000

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

Rembau

“Abang (anak) dah pergi tinggalkan abah, abang adalah anak yang paling baik yang akan abah kenang sampai bila-bila,” kata Rosli Mihat, 49, selepas kehilangan anaknya, Muhammad Syafiq, 15, yang ditemui lemas bersama dua rakan di Sungai Pedas, berhampira­n Kampung Merbau 9 di sini, kelmarin.

Pada kejadian jam 6.40 petang itu, dua lagi mangsa ialah Muhammad Iqqmal Haziq Muhammad Nozili, 12, dan Muhamad Alias M Sadri, 15.

Terdahulu tiga mangsa itu serta seorang lagi rakan mereka ke sungai berkenaan jam 4 petang untuk menjala ikan dan mandi.

Rosli berkata, dia mengetahui mengenai kejadian jam 7 petang sebaik dimaklumka­n pengerusi Taman Pinggiran Pedas.

“Apabila dimaklumka­n tentang kehilangan anak, saya rasakan jantung seperti mahu luruh,” katanya ditemui di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, semalam.

Menurut Rosli, kali terakhir dia bertemu anak kedua daripada tiga beradik itu adalah pada jam 4 petang hari kejadian, sebaik rakan-rakannya datang ke rumah.

“Pada sebelah pagi, arwah menunjukka­n perubahan apabila memarahi saya sepuas hati sedangkan dia bukan seorang yang pemarah atau panas baran.

“Dia melemparka­n perasaan selepas mendakwa saya kuat membebel,” katanya.

Katanya, arwah banyak membantuny­a selepas dia diserang angin ahmar

dua tahun lalu.

 Bapa pilu anak ditemui lemas bersama dua rakan ketika menjala ikan, mandi

“Sepanjang saya sakit, arwah banyak membantu termasuk ke kedai, mengangkat tong gas, mengurut belakang badan dan melakukan kerja rumah.

“Walaupun sedih namun saya reda dengan kejadian ini,” katanya.

Menurutnya, arwah sepatutnya memulakan sesi persekolah­an di tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pedas, semalam.

“Malah arwah begitu bersemanga­t untuk bersekolah dan saya sudah membelikan sepasang pakaian seragam sekolah untuknya,” katanya sambil menambah yang jenazah akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam di Sepri.

Bapa Muhamad Alias iaitu M Sadri Yaakob, 46, berkata, kali terakhir dia berjumpa anaknya ialah pada jam 11 pagi kelmarin ketika remaja berkenaan keluar rumah.

Katanya, dia tidak mengetahui arwah menjala ikan dan hanya dimaklumka­n anaknya mahu bertemu rakan.

“Menurutnya, anak keempat daripada enam beradik itu adalah bekas pelajar tahfiz di Kuala Sawah di sini, tahun lalu sebelum meneruskan pelajaran di SMK

Pedas.

“Saya mendapat tahu mengenai kejadian apabila dimaklumka­n jiran jam 7 petang. Ketika itu saya seperti mahu pitam,” katanya.

Sementara itu, di pekarangan bilik mayat HTJ, ahli keluarga Muhamad Alias menangisi pemergiann­ya malah ibu arwah juga pitam beberapa kali.

Klang

Tidak ubah seperti gelanggang sabung ayam di Filipina apabila kawasan lapang di belakang projek perumahan di Taman Bayu Perdana di sini, dijadikan markas perjudian ‘kaki sabung ayam’ sejak beberapa bulan lalu.

Malah sindiket didalangi lelaki berasal dari Sabah itu turut

menawarkan pertaruhan judi ‘holo’ di lokasi sama.

Kegiatan haram itu bagaimanap­un dibongkar selepas sepasukan anggota polis Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsteris­me (STAGG) dan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman melakukan serbuan petang kelmarin.

 ??  ??
 ??  ?? KELUARGA Muhamad Alias tidak dapat menahan kesedihan. CONTOH senjata tajam yang diletak di taji ayam untuk berlaga. GELANGGANG sabung ayam yang diserbu STAGG di Taman Bayu Perdana.
KELUARGA Muhamad Alias tidak dapat menahan kesedihan. CONTOH senjata tajam yang diletak di taji ayam untuk berlaga. GELANGGANG sabung ayam yang diserbu STAGG di Taman Bayu Perdana.
 ??  ?? MUHAMAD Alias
MUHAMAD Alias
 ??  ?? MUHAMMAD Syafiq
MUHAMMAD Syafiq

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia