Harian Metro

‘LELAKI CANTIK’

 Dr Syahr Musafir ulas lanjut tulisannya tegur Safiey

- lapor Mahaizura Abd Malik

Kecelaruan jantina Safiey Illias terus menjadi kontrovers­i di media sosial apabila pakar motivasi Dr Syahr Musafir meminta produk jutawan kosmetik itu diboikot kerana didakwa mempermain­kan hukum agama. Bagaimanap­un, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman tidak bersetuju sebaliknya menegaskan pendekatan dakwah lebih sesuai,

“Pada pandangan saya kekayaan hanya akan membuatkan mereka terus hanyut dan lupa diri termasuk suka-suka tukar jantina seolah-olah mempermain­kan agama.”

Demikian penjelasan Dr Syahr Musafir selepas tulisannya menegur mengenai kecelaruan jantina jutawan kosmetik Safiey Illias menjadi kontrovers­i di media sosial.

Pakar dan penulis buku motivasi itu berkata, catatan pada 26 Disember lalu itu ditulis dalam Facebook miliknya selepas video Safiey bersama seseorang yang didakwa sebagai teman lelakinya tular di media sosial.

Dr Syahr berkata, dia cuma menjadikan Safiey sebagai contoh saja untuk membuat orang faham supaya jangan main-main dengan hukum agama apabila memperkata­kan mengenai pasangan bercinta atau berumah tangga.

“Mesej sebenar saya jelas, lelaki dan wanita tulen apabila bercinta pilihlah orang yang betul bukan mereka yang terdiri dalam golongan celaru jantina

“Dalam petikan video Safiey dia berkata orang perempuan tak boleh sentuh lelaki...haram, tetapi sebab dia itu ‘lelaki cantik’ maka bolehlah sentuh teman lelaki dia dan tak jadi haram.

“Bila saya tengok video itu, niat utama saya mahu beritahu orang luar terutama teman lelaki Safiey itu bahawa lelaki tulen seperti dia tidak boleh bercinta dengan Safiey sebab dia sendiri sudah mengaku lelaki,” katanya.

Menurutnya, apabila menulis dia perlu memberi contoh supaya audien mudah faham.

“Kebetulan video Safiey itu tular apabila saya menjadikan­nya sebagai contoh bahawa lelaki macam mana sekalipun tak boleh jadikan golongan seperti Safiey itu sebagai teman wanita atau isteri kerana hukumnya tetap haram,” katanya.

Berkenaan seruan mengajak masyarakat memboikot produk Safiey itu, jelas Dr Syahr, dia maksudkan memboikot produk golongan seperti Safiey bukan Safiey seorang saja ditujukan.

“Alang-alang sudah menulis itu, saya serulah sekali supaya boikot produk golongan seperti Safiey sebab kekayaan hanya membuatkan mereka terus hanyut dan suka-suka mempermain­kan agama.

“Maksud saya, bukanlah boikot sampai jatuh miskin cuma mahu berikan mereka terhantuk sedikit supaya sedar sebab kalau nasihat pun dah tak jalan,” katanya.

Katanya, selepas menulis catatan itu dia menerima pelbagai reaksi sama ada positif mahupun negatif.

“Ada yang menyokong dengan apa yang saya katakan. Saya juga menerima kecaman, tetapi sedikit pun tak rasa ralat sebab niat saya untuk beri orang faham.

“Bagi saya, tak salah ada naluri macam itu sebab itu bukan kehendak kita, tetapi sebagai lelaki dan wanita tulen kita kena kekalkan fitrah itu dan lawanlah perasaan mahu bertukar jantina itu.

“Mesej saya jelas kita tidak boleh menjalinka­n hubungan dengan sama jantina,” katanya.

Sementara itu, usaha mendapatka­n reaksi Safiey atau nama sebenarnya Saifuddin gagal kerana dia enggan memberikan sebarang komen balas.

Menurut pembantu peribadiny­a dikenali sebagai Nasha, majikannya mengambil sikap berdiam diri dan akan memberikan penjelasan mengenai isu itu bulan depan.

“Dia (Safiey) hanya akan membuat kenyataan bagi memberi penjelasan dijangka bulan depan selepas selesai menguruska­n satu urusan perniagaan di luar negara,” katanya ringkas ketika dihubungi,

Harian Metro.

“Bukanlah boikot sampai jatuh miskin cuma mahu berikan mereka terhantuk sedikit supaya sedar sebab

kalau nasihat pun dah tak jalan

Syahr Musafir

 ??  ??
 ??  ?? SAFIEY bersama yang pendakwah,
bertanggun­gjawab Sulaiman Nordin kembali ke membawa
pangkal jalan. beliau
SAFIEY bersama yang pendakwah, bertanggun­gjawab Sulaiman Nordin kembali ke membawa pangkal jalan. beliau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia