Harian Metro

Air mata lerai rindu

 Budak dilarikan pekerja restoran dipulangka­n ke pangkuan ibu

- Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

Air mata Alice Jarong, 28, mengalir laju apabila melihat kelibat anak lelakinya yang didakwa dilarikan sejak dua tahun lalu, berada di depan mata.

Alice, wanita warga Thailand itu tidak mampu menahan sebak ketika melihat anaknya, Alif Hiransumto­n, 4, kembali ke pangkuanny­a jam 11 malam kelmarin, sejurus tiba dari Johor bersama wanita yang didakwa melarikan kanak-kanak itu dengan menaiki bas.

Kegembiraa­n jelas terbayang di wajah Alice yang berasal dari Pattani sebaik melihat anak lelakinya diserahkan melalui seorang kenalan, sekali gus mengubati kerinduan terpendam selama ini.

Kisah Alice mencuri perhatian ramai apabila wanita terbabit mendakwa anaknya dilarikan bekas pekerja kedai makan ibunya sebelum dibawa ke selatan tanah air.

Alif atau lebih dikenali sebagai Adam dibawa ke Johor oleh pekerja wanita terbabit yang juga pengasuh kanak-kanak berkenaan selepas ibu

Alice pulang ke Thailand pada 2015.

Berkongsi berita gembira itu,

Alice berkata, wanita terbabit bersama anaknya menaiki bas dari

Johor sebelum tiba di Bahau, jam 11 malam.

Wanita itu kemudian menyerahka­n Alif kepada seorang kenalan untuk diserahkan kepadanya.

“Saya bersyukur kerana penantian untuk memeluk Alif berakhir dan saya mengucapka­n terima kasih kepada wanita berkenaan kerana mengembali­kan anak saya.

“Saya akan pulang ke Thailand Khamis ini dan mendaftark­an Alif bersekolah di sana,” katanya.

Alice turut mengucapka­n terima kasih kepada orang ramai yang membantu mengesan anaknya.

Berikutan itu, Alice ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol untuk menarik balik laporan polis, petang ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah Alice yang berusaha mengesan anaknya selepas didakwa dilarikan wanita yang bekerja di kedai makan ibunya di Bandar Baru Serting.

Wanita berusia 40-an itu dikatakan amat rapat dengan keluarga Alice.

Pelbagai usaha dilakukan Alice untuk mengesan wanita itu termasuk membuat hebahan di Facebook (FB) serta mengunjung­i rumah keluargany­a di Gurun, Kedah.

Alice mendakwa, dia tidak membuat laporan polis sebelum ini kerana tidak mahu wanita itu ditangkap dan dipenjarak­an.

Dakwanya, dengan bantuan kenalan FB, dia akhirnya memperoleh nombor telefon wanita itu sebelum menghubung­inya Khamis lalu dan merayu supaya anaknya dikembalik­an.

 ??  ??
 ??  ?? ALICE memeluk anaknya selepas dikembalik­an.
ALICE memeluk anaknya selepas dikembalik­an.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 28 Disember lalu.
LAPORAN Harian Metro 28 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia