Harian Metro

Boikot kena ada cara

-

Kuala Lumpur: “Adakah dengan boikot itu kita boleh pastikan dia (Safiey Illias) akan kembali ke pangkal jalan?” demikian kata Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman.

Abdul Rahman berkata, memboikot tidak boleh dilakukan secara umum kerana bukan semua masalah boleh diselesaik­an dengan cara itu.

“Bukan saya menyokong dia tetapi memboikot kena ada caranya dan tengok keadaan. Kita tak pasti dengan cara boikot itu boleh betul-betul buat dia kembali kepada Allah atau tidak.

“Ada juga orang sudah jatuh miskin pun belum tentu ingat Allah,” katanya mengulas kenyataan seorang penulis, pakar motivasi dan pensyarah sebuah pusat pengajian tinggi awam, baru-baru ini.

Safiey dikatakan kembali ke dunia ‘wanitanya’ menerusi beberapa keping gambar dimuat naik di laman Instagram (IG) miliknya kebelakang­an ini.

Mengulas lanjut perkara itu, Abdul Rahman berkata, Islam mengajar umatnya berdakwah dengan cara apa saja bagi memberi keinsafan.

“Rasulullah dulu pun selalu bantu orang yang memaki Baginda. Dia tak lawan balik tetapi melayan orang itu dengan baik termasuk memberi makan dan akhirnya orang itu masuk Islam.

“Jadi inilah contoh terbaik berdakwah secara halus, berhemah dan bijaksana. Dalam hal Safiey ini jangan cepat menjatuhka­n hukuman, dekati dengar masalah dia dan tugas kita menyampaik­an dakwah tetapi kita tak boleh paksa orang kembali ke pangkal jalan sebab hidayah itu hanya milik Allah,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Rahman
ABDUL Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia