Harian Metro

Bahagi harta seadilnya

- Rose Hulu Langat Selangor

 Hukum faraid lindungi hak waris, elak sengketa saudara

Bagi wanita yang meninggal dunia tanpa mempunyai anak, siapa yang berhak mendapat harta itu selepas difaraidka­n? Islam menetapkan jika berlaku kematian seorang Muslim, maka wujudlah hak tertentu ke atas harta yang ditinggalk­annya.

Hak itu ditentukan

Allah SWT secara khusus di bawah hukum faraid.

Pembahagia­n faraid kepada yang berhak hukumnya wajib untuk ditunaikan dan fardu kifayah kepada umat Islam (khususnya waris) untuk menyelesai­kannya.

Hukumnya sama seperti menyembahy­angkan jenazah. Pembahagia­n harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaa­n Islam adalah satu pembahagia­n yang sangat adil dan sistematik.

Allah SWT mengetahui kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia.

Firman Allah SWT bermaksud: “Allah perintahka­n kamu mengenai (pembahagia­n harta pusaka untuk) anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalk­an oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang saja, maka bahagianny­a ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya: satu perenam daripada harta yang ditinggalk­an oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisiny­a hanyalah kedua-dua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagia­n itu) ialah sesudah diselesaik­an wasiat yang diwasiatka­n oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagia­n harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangka­n itu ialah) ketetapan daripada Allah, sesungguhn­ya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah an-Nisa’ (4) ayat 11)

Dalam satu lagi firmanNya yang bermaksud:

“Dan bagi kamu satu perdua daripada harta yang ditinggalk­an oleh isteriiste­ri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat daripada harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat daripada harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan daripada harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalk­an anak atau bapa, dan ada meninggalk­an seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudarasau­dara yang seibu itu) lebih daripada seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatka­n oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya, wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangk­an mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi

Maha Penyabar.” (Surah an-Nisa’ (4) ayat 12)

Ia menjadi kewajipan untuk disempurna­kan. Kegagalan atau keengganan menunaikan­nya adalah satu keingkaran yang akan disoal pada hari kiamat kelak.

Sekiranya berlaku kematian dan si mati mempunyai harta pusaka serta waris yang berhak dan layak, sewajarnya waris kemukakan permohonan ke mahkamah syariah bagi menentukan siapakah waris yang layak mempusakai harta si mati.

Secara ringkas susunan waris yang bakal mewarisi harta pusaka si mati:

Bagi yang sudah berkahwin tetapi tiada anak:

1. Suami: 1/2

2. Ibu: 1/6

3. Bapa: Mendapat semua baki harta

Yang belum berkeluarg­a (bujang):

1. Ibu: 1/6

2. Bapa: 5/6 (bapa dapat keseluruha­n baki harta selepas ditolak hak faraid Ibu)

Yang masih bujang tetapi tiada ibu dan bapa

1. Adik-beradik lelaki: 2/3 daripada harta

2. Adik-beradik perempuan: 1/3 daripada harta

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia