Harian Metro

Balun isteri pertama

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@mediaprima.com.my

 Bapa kepada 11 anak nafi dakwaan cederakan pasangan

Bapa kepada 11 orang anak yang mempunyai dua isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam atas pertuduhan mencederak­an isteri pertamanya dalam kejadian tahun lalu.

Tertuduh Mohd Jaafar Abdul Halim, 50, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norina Maludin.

Mengikut pertuduhan, Mohd Jaafar didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan terhadap isteri pertamanya berusia 54 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Bertam, Bertam Ulu, jam 4

Apetang, pada 11 Julai tahun lalu.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria, yang mengendali­kan kes mencadangk­an mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 kepada tertuduh. Bagaimanap­un, Mohd Jaafar tidak diwakili peguam merayu mahkamah menetapkan jaminan rendah dengan alasan dia perlu menanggung dua isteri dan 11 anak.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin selain menetapkan 14 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 ??  ?? TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia